Asalamualaikum...
saat nie jam kul 5.11 pagi.. 1 hari hari x boleh tidur ... ermm entah la kenapa dengan aku.... pelbagai persoalan yang bermain di fikiran...memang merunsingkan....
aku sedar sape diri aku .... dan apa yg aku mampu lakukan..... aku minta maaf jika setiap perkataan ,perbuatan dan perlakuan aku ada melakukan kesilapan dan membuat terasa di hati.....
aku sebenarnya hanya ingin mencari makna sebuah kehidupan yang di dambakan setiap manusia....
tetapi aku yang menghadkan segalanya.....aku tak yakin pada diri aku.....
pada aku aku tak menarik..gemuk dan banyak kekurangan...dan aku akui segalanya bisa berubah dan bermula apabila diri dihina ...memang menyakitkan tetapi adakah kekurangan itu menjadi utama??? dan boleh di perlekehkan??
Sedar atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.
Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam fana ini.
Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berlari dan sebagainya.
Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - 'hari akhirat yang kekal abadi.'
Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
1) Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.
2) Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan dari masa ke semasa.
hanya diri kita yang mampu merubah diri kita....sedar la...
2 Ulasan
setiap org an ade kelebihan masing2 .
yakin pada diri sendiri k .
x thu np gn acik