Ticker

6/recent/ticker-posts

Your MyBestfriend That I Have




Assalamualaikum........

Hari nie acik tulis blog nie sebab acik rendu giller dengan kawan baik sorang nie .... ermmm entah la aku x tahu kenapa ...apa yang terjadi pada kami.. dulu rapat sangat kemana bersama .... orang cakap kami dah macam kembar @ adik beradik ... tetapi dalam setiap persahabatan itu akan ada saja penyebab buat kami berenggan @ bermusuh.... honestly sampai bila-bila pun aku tak akan lupakan member aku sorang nie kerana dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan ..... maybe kepada kawan-kawan aku mesti dyeorang tahu siapa yang aku maksudkan ...aku tak mahu mention nama dye ...tak perlu la

Dari first time acik masuk Politeknik Merlimau acik cuba sesuaikan diri dengan kawan-kawan dan mase sem 2 acik terpaksa buat pilihan untuk join MSK @ x ...tapi aku pilih MSK dan masa tu aku x de kawan langsung ...sebab aku tak berapa kenal sangat dengan senior... dan ada peristiwa yang kelakar ...dia datang lambat dan x de bilik ...so duduk tumpang bilik aku dan seterusnya jadi roomate acik ... memang best giller mae tu ...dan dari situ aku rapat sangat dengan dye walaupon lain course dan jabatan .... kami buat kerja sama-sama dan pernah jadi Pengacara majlis bersama-sama...

Dan pada acik la paling kelakar sebab kami ada "room chating" iaitu bilik kami la ... dah memang selalu kongsi idea ,pendapat dan masalah masing-masing .. dan setiap hari ada jer nak kongsi memang best.... but now keadaan dah berubah ..kami dah tak bertegur sangat..... jumpe po buat x tahu jer ..masing-masing dah berubah dan buat macam x kenal... :(

bila tengok mesti pelikkan ..sebab biase lelaki tak pentingkan persahabatan ..tapi pada acik ..persahabatan adalah penting sangat.... dan jangan la terlalu ego dalam persahabatan dan boleh menghancurkan nye ....

pada acik tak kisah orang nak cakap apa tentang aku ...paling penting acik hargai dye sebagai kawan baik yang pernah aku ada ..... thank u so much friend :)

hopely kalau dye bace .... acik mintak maaf sangat kalau selami nie kita jadi roommate @ kawan acik ada buat salah dan silap ..aku mintak maaf sangat-sangat ..aku pon ada salah aku ...

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri), anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu? Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal. Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Catat Ulasan

0 Ulasan