Ticker

6/recent/ticker-posts

10 MALAM YANG TERAKHIR



  • Assalamualaikum
    Sekejap jer kita dah tiba 10 MALAM YANG TERAKHIR .. HAri nie acik nak berkongsi sedikit tentang 10 Malam terakhir .Jangan lupa banyakkan amalan,.
  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
    “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
    “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)
    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)
  • Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
  • Apakah ganjaran atau kelebihan kepada orang yang beramal pada malam Lailatur Qadar?
    Ganjaran kepada orang yang beramal pada malam Lailatul Qadar ialah dia akan mendapat ganjaran seperti beribadah 1000 bulan. Lailatul Qadar juga dikenali dengan nama Lailatul Mubarakah.
    Apa tanda-tanda malam Lailatul Qadar ni?
    Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar
    Source : iLuvislam.com

    Catat Ulasan

    2 Ulasan

    Ukhtifarhana berkata…
    Maha Suci Allah....Hebatnya Allah yang menetapkan segala sesuatu dengan cantik sekali...Baiknya Allah kerana memberi kita hadiah lailatulqadar...Untungnya kita dilahirkan sebagai seorang muslim...tapi,sayangnya..kita sndiri sering leka dan lalai..dan tak bersyukur dengan segala kurniaan yang Allah bagi...
    Akupenghibur.com berkata…
    yup ..bersyukur sgt ..alhamdulilah