Assalamualaikum
Hai semua,sekarang nie semua masih lagi mood raya so jom beraya dan bermaafan sessama kita. Ahh sebelum tu jangan lupa senyum dulu yer baru best mahu bercerita. Sekarang nie kita dapat tengok keadaan sekarang orang biasenya menilai seseorang itu dari luaran sahaja . Yelah maybe mereka boleh bagi alasan sebab tak kenal, maka ada pepatah mengatakan tak kenal maka tak cinta dah kenal aah jangan nak bercinta wahh menambah pulak heheehehe
Ok bila kita tengok keadaan sekarang orang nie suka buat andaian @ pandangan pertama bila berjumpa dengan seseorang. Ada yang tertarik bila berjumpa, ada yang bermasam muka dan ada yang benci. Orang kata pandangan pertama orang terhadap kita nie penting betul kew ????
Kamu semua ada jawapannye tersendiri & sebab yang tertentu. Hal nie sendiri terjadi kepada acik. Memang orang akan beri persepsi terhadap kita yelah macam acik nie selalu berjumpa dengan orang dan berinteraksi dengan orang bila jadi pengacara majlis.Ada jugak mereka nie menilai dari paras rupa kita. jika elok maka elok la ..kalau tak ensem or tak cantik memang tak de orang nak kawan dan kalau kita berharta tapi tak ensem or cantik memang la akan di layan baik itu pon sebab harta,kalau ada harta + hensem lagi la mula la jadi tumpuan ...ikut pengalaman
Kecantikkan & Kekacakan itu penting kew bila mahu berbuat baik @ berkawan ???
yelah betul kecantikkan & kekacakan itu itu anugerah dari ALLAH. Kepada mereka yang di anugerah sedemikian rupa jangan la sombong dan cuba la berbuat baik semampu yang mungkin.
gambar hiasan aje :)
Satu lagi jangan la ingatkan orang yang muka ganas, masam & garang nie mesti jahat ,garang dan sebagainye kadang muka macam nie lagi baik.
gambar hiasan aje :)
Dan jangan pula tengok orang yang muka cantik / hensem/comel/cute nie semuanya baik dan super perfect. but everything terpulang pada perangai seseorang tu.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.
so fikirkan jangan nak buat baik or tolong menolong orang berdasarkan paras rupa dan jangan judge orang lain sesuka hati, kadang-kadang kerana buat badan binasa .Kalau acik insyaALLAH sedaya upaya akan berbuat baik & saling membantu kepada semua tanpa mengira semuanya,,.. ok adios..
11 Ulasan
x kenal maka x cinta ryte :)