Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Melihatmu Bukan Kerana Kecantikanmu


Assalamuaikum
 
Hari nie tak tahu kenapa pagi nie x boleh tidur rasa nak menaip jer ,sebelum tu jom la senyum dulu baru semangat acik nak teruskan cerita. Sebab hari nie acik baru abez menonton sebuah filem nie dan filem nie berikan seribu pengajaran kepada acik dan acik rasakan yang acik perlu kongsikan kepada kamu semua . Terpulang kepada kamu mahu membaca atau tidak tapi ini adalah ilmu.

Pada acik manusia memang pelikkan kerana mereka mempunyai pandangan yang tersediri tentang kecantikan dan diberikan definasi yang pelbagai. Manusia nie akan tafsirkan kecantikan adalah berdasarkan paras rupa , postur badan, slim dan sebagainya. Tetapi sebenarnya Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.

Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim) Tapi kecantikan itu selalu di salah anggap pada kaum adam dan hawa


Kaum Adam: akan mengatakan konon kecantikan itu adalah kecantikan peribadi dan budi pekerti ..are u sure ??? kalau macam tu tak berlaku la kat luar sane ramai kaum hawa yang masih single dan terlajak .. itu hanya apa yg di mulut manakala di hati ??? rupa paras dan seksi menjadi ukuran.
Kaum Hawa : mereka akan mengatakan mereka tak mahu berlakon dan hipokrit , kaum hawa beranggapan bahawa dengan berpakaian ketat (pinjam baju adek) pakai skirt, tidak bertudung@bertudung dan seksi itulah adalah kecantikan, Dan ada juga yang akan bersuara kecantikan adalah berdasarkan sifat peribadi seseorang. Tetapi sifat itu boleh di ukur ???? hanya berdasarkan pada pandangan dan bualan mulut.


Pada acik kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang dan mentafsirnya. Lebih tepat pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Kerana Kecantikan seorang wanita terpulang pada siapa yang memandangnya.


Tetapi sungguh malang kepada mereka yg bepenampilan seksi dan menjolok mata sampai nak terkeluar kerana mereka hanya di jadikan tatapan dan hidangan kepada lelaki berhati serakah.Tiada seorang lelaki dalam dunia nie mahukan seorang isteri yang bernampilan sedemikian dan jahat kerana itu untuk kehidupan anak-anaknya akan datang.


Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.


Pada acik cukup seorang perempuan yang menjaga adabnya dan memelihara kehormataannya dengan pemakaian menutup aurat serta mempunyai peribadi yang di sengani tak perlu berlakon baik tapi perempuan yang baik akan tahu macam mane nak jadi perempuan yang baik.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita

Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

Nasihat acik Tepuk dada tanya iman. Allah kurniakan akal kepada kita untuk berfikir. Ikut rasa, binasa, ikut hati, masuk neraka...pilihlah.. :)

Catat Ulasan

21 Ulasan

Asyikin berkata…
perspektif dan pndngan yang berbeza pada setiap orang kan :)
_mauhaha_corner berkata…
ad yang terlupa,ada yang tersasar jauh mungkin...terima kasih kerana saling ingat mengingati..:)))))
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih semua kerana membaca :)
Akupenghibur.com berkata…
kite sesama manusia perlu saling mengigati :)
Nur Amirah berkata…
teringat lagu cantikk!!
part ni best..

Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya..

Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab lima waktunya..
Phylo berkata…
tapi, laki selalu cari yang cantik2. tak pandang langsung kat perempuan, yang iorang rase x cantik.
CucuTokMat berkata…
tak jugak. ramai lelaki yg saya kenal lebih memilih permpuan yg cantik dan seksi adalah satu extra bg mereka.lelaki sangat suka akan perempuan seksi.saya memberi pendapat berdasarkan pengalaman saya yg kini sdgn bekerja dlm sektor perhotelan.sangat2 menyedihkan bila mengetahui perkara nie. :(
Akupenghibur.com berkata…
terpulang pada individu :)
Noor Maizan berkata…
cantik dalam cantiklah luar ;)

hye , first time sampai sini..suka lah ;))
shamyheart berkata…
Membaca.

Tak tau plak nak komen apa. Speechless. Banyak buah fikiran yang perlu diperhalusi.

Terbaik la, Acik =)
An Najwa berkata…
cantik di luar belum tentu cantik di dalam...it just my opinion... :)
Akupenghibur.com berkata…
ermm btul tu semua hahahahaha
Unknown berkata…
kecantikan bermula daripada hati..jika hati baik,terserlah ayu di luaran wajah wanita tersebut.
Unknown berkata…
done follow
follow back please
http://antechno.com/
follow me with networkblog
yura berkata…
em suke sangat entry ni.....
Tanpa Nama berkata…
betul tuh :)