Ticker

6/recent/ticker-posts

Andai Kau BErada Di TempatKu


Assalamualaikum

Hai semua alhamdulilah hari nie kita dapat rasa hidup dengan aman dan tenang dan dapat terus tersenyum bagaikan di bawa angin syahdu .. but dalam kegembiraan kita terselit seribu duka yang tak terubat bagai di panah petir . Yelah di saat kita saling sayang antara satu sama lain ada manusia tak berhati perut nie sanggup melakukan jenayah dan tidak perikemanusiaan.

Kalau kita sedar dalam bulan nie sahaja dah berlambak cerita tentang buang bayi. Apa nak jadi pada masyarakat kita ??? sampai hilang pertimbangan ?? darah daging sediri. pandai buat pandai tanggung la.

PERNAH KEW KITA TERFIKIR KALAU KITA DI TEMPAT MEREKA???


Tapi yang jadi masalahnye adalah anak yang tak berdosa dan tak tahu apa-apa.. sedang ini adalah kesalahan manusia yang hanya mengikut nafsu serakah .Cuba fikir kalau dulu mase sebelum kita di lahirkan mak kita buat macam tu ????? agaknya kat mane yer kita sekarang ??? Tahu tak orang yang buang bayi nie adalah orang yang paling jahil
Mu'az bin Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah orang itu ya Rasulallah?" Baginda menjawab (yang bermaksud): "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anaknya."

Cukup peringatan-peringatan diatas menggambarkan bagaimana pandangan Islam terhadap mereka yang membiarkan anak-anak mereka, apatah lagi membuang bayi.

KITA HANYA KUTUK SANA SINI TENTANG ORANG LAIN TETAPI KITA SEPATUTNYA MUNASABAH DIRI KITA DAN JANGAN KITA PULA YANG LAKUKAN SEPERTI MEREKA. JAUHI DARI MELAKUKAN ZINA DAN MAKSIAT

sedangkan anak yang tidak berdosa akan tanggung akibatnya.Semua pekara tersebut boleh kita atasi dengan cara

1. Menjaga Pandangan atau menunduk pandangan

Memelihara pandangan kepada bukan mahram, apatah lagi menonton video lucah dan gambar-gambar membuka aurat yang memberahikan. Nie boleh menggalakkan manusia melakukan apa yang ditonton. Ibu bapa hendaklah memantau bahan bacaan, drama dan filem

2.Bersentuhan sesama bukan Mahram.

Bersentuhan ini boleh berlaku ketika bertepuk tampar dalam gurauan, bersalaman, berpegangan tangan, membonceng motosikal dan lain. Lebih parah lagi, apabila tanpa segan silu berpelukan di khalayak ramai.ishhh entah la mula pegang lepas tu ???

3.Tutur Kata Lucah

Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau senda hingga membuat lawak-lawak lucah. Selain itu, ia juga mengajar kita budaya leka berkomunikasi melalui telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang.

4.Keluar bersama tanpa Mahram yang dipercayai.

ermm baru kenal sehari dua dah keluar dan tanpa memikirkan apa yang berlaku pada kita.fikir-fikir la dahulu sebelum buat keputusan

Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".

sampai disini dulu acik menaip lain kali kita berjumpe lagi ..jadikan tauladan dan semoga kita menjadi manusia yg lebih baik dari yang lain ..amin :)

Catat Ulasan

13 Ulasan

shamyheart berkata…
Jauhi zina.

Valentine juga adalah punca banyak kes ttba top sekarang ni
Akupenghibur.com berkata…
memang betul ...ermmmm
Ku Azhar berkata…
sedih btl..dh la peratusan bnyk org islam je yg zina nie T_T
Akupenghibur.com berkata…
orng islam sendiri yg memalukan agamanya
NOVA berkata…
kasian baby tu tak bersalah.... :(
Unknown berkata…
Apabila Hukum Allah yg sudah cukup sempurna ditolak ke tepi... mg kita semua dalam peliharaanNya selalu...amiin
nick dot anis berkata…
sedih n sakit ati ngn perbuatan manusia yang tak bertanggungjawab ni
Unknown berkata…
kesian kan ngn baby yg x bsalah ni.. :(
fiQRa berkata…
ermmm... sensitif tgk bnda ngeri cmtu :(
ruby sarip berkata…
Harap Allah buka hati mereka2 yang nak buang bayi nie supaya jangan buang bayi tu.. bagi aq pon tak pe... rumah anak yatim ke,