Ticker

6/recent/ticker-posts

Cabaran Kepada Blogger Dalam Bahasa Melayu


Assalamualaikum

Ishh Baru jer balik dari kerja walaupon penat tapi tak kisah tolak dulu tepi yang penting acik dapat menaip di sini kerana acik nak kongsikan kepada semua.Terima kasih sangat kepada siapa yang berkunjung blog acik .Maaf ye acik tak pernah guna awak jadi "follower" saya,saya janji jadi "follower" awak dan acik tak suka sebab itu kira macam memaksa. Biarlah orang nak "follow "kita dengan hati yang terbuka dan tanpa paksaan. Salah ke kalau " follower "sikit???? kalau follower banyak apa dapat ye???? RM 10000000??


Sepanjang acik kerja kat Domino's Pizza memang kejutan acik rasakan disini kerana mereka di sini sangat fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan English. Tak kira sama ada Cina,India,Cindia dan terutama sekali orang Melayu.Di sini mereka memang sangat mesra dan acik seronok sangat kerana mereka cakap bahasa melayu dengan lancar sampai ada kawan acik tahu peribahasa melayu dan berikan contoh pada kawan-kawan bila bercerita.

Tapi sayangnya remaja kita ???


Mereka lebih banggakan bercakap dalam bahasa asing berbanding dengan bahasa sendiri. Kadang-kadang rasa janggal bila bercakap bahasa Melayu. Kononnya mahu setaraf dengan bangsa asing dan bila cakap bahasa melayu l"ow profile." Sebenarnya kamu silap. Sebenarnya orang di luar sana lebih menghargai bahasa kita dan mereka katakan bahasa kita adalah bahasa paling mudah di sebut dan di fahami.


Tapi anak muda sekarang asyik dengan singkatan or bahasa sms,kadang-kadang bila acik sendiri baca pun memang tak faham sangat. Sistem Pesanan Ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung di antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, dikatakan merosakkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan tertentu secara meluas itu dikatakan punca kemerosotan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat dan pelajar sekolah.



SEBAGAI CONTOH

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA
HEPI BECOMING 2011 !!!
As-salam . .
ya !
Ai udah balik !!!~
Windu ai tak ???
Nak kate ape ye ??
Panas !
BEst !
Abis Duit !
hiiii ~

Akibatnya, ai demam ....... smlm mc..
Ari ni keje ..
Tp, sib baek esok cuti.. owg suma mmg best sebb selalu bace apa yang saye tulis

kalau dilihat sini memang kebanyakan orang menggunakan bahasa singkatan ini tapi berpadalah dan jangan sampai buat masa SPM atau peperiksaan gunakan ringkasan. Pada acik ,acik tabik kepada blogger yang tulis dengan ayat yang penuh dan mudah difahami dan selitkan ayat-ayat mutiara kata. memang salut kepada mereka. Memang tak dinafikan sekeliling kita menjadi punca tapi semuanya terpulang pada kita.

Bayangkan 2020 nanti anak-anak kita hanya pandai berbahasa Melayu tapi tak pandai menulis dengan tatabahasa yang betul dan akan menjadi jenaka bangsa asing dan mereka akan anggap BAHASA MELAYU SEBAGAI WARISAN SAHAJA .


Mahu ke bila Obama atau Salman Khan atau orang lain memperjuangkan bahasa melayu ??? tapi apa tujuan ??? siapa lagi kalau bukan kita. Acik sendiri memang guna bahasa ringkasan tapi berpadalah jaga penulisan dan jaga bahasa kita.

Acik cabar kepada semua blogger gunakan bahasa melayu yang betul dan tanpa ringkasan ayat...Ada berani ??????Hanya kita sahaja boleh mempertabatkan bahasa kita. Kalau kita tidak mulakan siapa lagi???

Catat Ulasan

25 Ulasan

cik beLLanan berkata…
saya sahut cabaran tu ! acehh~ tp ade mbe cakap, tulis bahasa penuh macam skema. komen sket? ;p
Akupenghibur.com berkata…
skema tu biasa la ..tengok tu jangan dengar kata orang blog kita kita buat apa yang patut
Eika berkata…
memang ika menulis full pun dlm blog ika.. just word yg memang ada shortfom je ika guna... ;)
so, ika berani sahut cabaran tu... ^.^v
yusraydah amani berkata…
bab benda ni la yang payah sikit...tapi yus nak cuba dulu...
❤ Cik Fia ❤ berkata…
serious..suka entry ni :)
Ku Azhar berkata…
waaa!! terbaik! :) hehehe lepas ini hendak komen blog acik dengan bahasa baku,boleh? hehehe..aaa larik!! :)
syaffeka berkata…
erkk ase nye da betol da kt blog uh
haha
cik bunga berkata…
bahasa jiwa bangsa. syabas.. saya tercabar nak sahut cabaran ni!
Yana Sakura berkata…
wow!! tu diaa..terbaikk!!
oke,pasni yana wat entry gna ayat full..
heheh...

dah tercampur basaha ni..yana sahut cabaran nie!! =)
N'Craft berkata…
wow. bahasa melayu penuh. akan cuba.
Akupenghibur.com berkata…
apa tunggu lagi jom-jom
Yana Sakura berkata…
okey...yana sahut cabaran nie =)
Syaiful berkata…
cube baca blog saya...rasanya bahasa apa yang saya gunakan??

Nak komen klik pada (_)comments ye.Ataupun dekat catat ulasan.

http://epol92.blogspot.com/2011/11/wawasan-2020-wawasan-yang-jelas.html
nollyfyenee berkata…
btul tu..tp kalau tulis full2 org kata macam karangan spm...try visit ni http://secantiknurani92.blogspot.com/2011/11/kisah-lalu-part-1.html mmg macam karangan spm kan?haha
cerita best berkata…
NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...follow pakjoe blk tau
Inspector Saahab berkata…
saya tulis dalam bahasa inggeris. harus ejaan penuh. ya penting untuk dieja penuh bahasa melayu atau bahasa inggeris tersebut tetapi tidak bermakna menggunakan bahasa inggeris menjatuhkan martabat bahasa melayu. penggunaan bahasa asing penting sebagai langkah untuk bersaing di masa hadapan. namun pada waktu yang sama hak asasi kepada bahasa ibunda tidak patut disisihkan. sekian :)
Maya berkata…
hehe. maya memang taip dengan tulisan baku pun. kalau nak copy pun, maya akan pastikan tulisan dia tak ada singkatan, kalau tak, maya akan taip balik. =)
Akupenghibur.com berkata…
wow terkaik la korang semua :)
Rosalia berkata…
insyaallah akan cuba di usahakan bersama-sama:) terima kasih saling mengingati :)
Unknown berkata…
blog sy pn guna perkataan yg full xd pulak rase cm tulis karangan spm dulu..biase je..jum jenguk..
http://nurcahaya0812.blogspot.com/