Assalamualaikum
Hai semua alhamdulilah hari nie dapat lagi acik menaip bagi melepaskan rindu pada blog acik. Sebelum tu jomlah senyum dulu baru semangat sikit nak bercerita kepada kamu semua. Sebenarnya hari ni acik sedih sangat dengan apa yg berlaku hidup.Kadang-kadang acik rasa tak kuat untuk hadapinya walaupon acik tahu ALLAH akan uji kita semampunya kita.Tapi acik sedar mungkin semuanya ada hikmah apa yang berlaku kepada acik.
Acik dah pernah rasa di pulaukan,dihina,kutuk, dimaki dan semuanya atas sebab yang tak munasabah tapi acik anggap itu adalah takdir acik dalam hidup. Tapi di saat itu ALLAH turunkan seorang sahabat untuk acik untuk memberikan sedikit pengertiaan dalam hidup.Dia telah mengajar acik segalanya tentang kehidupan,kalau tak ada dia memang acik rasa hidup acik sunyi.Terus terang acik katakan dia adalah sahabat yang terbaik yang pernah acik ada. Tapi semua itu hanyalah sementara kerana kita di uji dan akhirnya kini umpama musuh dalam diam.
Kawan acik pernah cakap pada acik jangan terlalu rapat,percayalah nanti korang akan bergaduh .Mungkin ini adalah doa-doa orang yang tak suka kami berkawan baik.Mungkin acik tak baik macam dia tapi dialah yang mengajar acik segalanya tentang kehidupan acik dan sentiasa ada untuk memahami acik. Tapi kerana Cinta dan perempuan kita berpisah. Kerana Seorang perempuan buatkan kita hilang persabahatan kita yang dulunya segalanya.kalau kau bace dengarlah luahan hari seorang sahabat.
Aku lahir ke atas dunia dengan izinMU,Lahirku di saat tiada Rasul dan sahabatnya. Aku meniti kehidupan dalam kesamaran hidupku. Aku mencari apa erti persahabatan, dan apabila kau hadir tak sengaja dalam hidupku dan kau mengajar segalanya.Ku tahu pada mulanya kau hanya anggap aku bukan siapa-siapa .Setelah kian lama kita jalani sebagai seorang kawan dan akhirnya kita semakin rapat bagaikan adik beradik.Kita selalu kongsi cerita suka duka,sedih dan tawa bersama . Kita selalu melepak dan mencari ketenangan bila stress dan bersedih bersama .Tapi mungkin ini ujian ALLAH untuk kita dan ALLAH ingin lihat setakat mana erti persahabatan kita.Kerana cinta dan perempuan persahabatan kita berakhir begitu sahaja, dalam sekelip mata aku kehilangan sahabat baik aku. Aku tahu kau berhak untuk memilih itu semua walaupon pilihan adalah cinta ,perempuan dan kehidupan kau .Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.AKu hilang susanan kata-kataku..Sahabat adakah kau ingat cerita kita?? Walaupon kita sekarang tak macam dulu lagi bagaikan dua dunia yang berbeza dan mengikut haluan masing-masing tapi aku selalu ingatkan sebagai seorang sahabatku yang dulunya berikan aku kekuatan. Semoga ALLAH memberikan apa yg aku rasa kepadamu kerana kau adalah TEMAN dan SAHABATKU.
Kenangan bersamamu Takkan ku lupa Walau badai datang melanda Walau bercerai jasad dan nyawa Mengapa kita ditemukan Dan akhirnya kita dipisahkan Munkinkah menguji kesetiaan Kejujuran dan kemanisan iman Mungkinkah kita terlupa Tuhan ada janjinya Bertemu berpisah kita Ada rahmat dan kasihnya Andai ini ujian Terangilah kamar kesabaran Pergilah derita hadirlah cahaya
sekarang aku hilang kata-kata lagi kerana aku kehilangan orang yang terpenting dalam hidupku dan kita bagaikan orang asing di dunia sama. Dulu selalu berkongsi apa yang kita ada tapi sekarang kita bagaikan musuh dalam diam. maafkan jika ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita. Aku doakan yang terbaik untuk kamu bro..salam perpisahan
“Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”
5 Ulasan