Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku mengakui Kehebatan Perempuan





Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat bernafas dengan lega dan dapat teruskan melakukan aktiviti seperti kebiasaan. Hari nie sungguh teruja bila melihat pekembangan perubahan yang berlaku pada wanita atau perempuan. HAri nie acik nak kongsikan sedikit tentang Wanita atau perempuan . Rasanya semua akan mengetahui tentang 30 hadis tentang wanita atau perempuan. So acik mahu kongsikan serba sedikit

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN


Kehebatan Perempuan dalam pujuk rayu pada acik tidak boleh di sangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tak mahir dalam pekara nie. Kaum Lelaki boleh di pujuk dan di rayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak wanita itu...

Antara Kehebatan Perempuan yang mampu menyebabkan keruntuhan Empayar yang Dibina oleh Lelaki dengan daya pujukan Perempuan :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra

3. Hitler dan Matahari

4. Samson dan Delila

5. Abu Lahab dan Hendon


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Kejelitaan ??? itu mesti apa yang di cari oleh lelaki pada seorang perempuan.Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki dan pelbagai pekara boleh berlaku.Tapi pada sudut persektif yang lain kecantikan seorang perempuan menimbulkan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan boleh menpengaruhi suami atau rakan-rakan atau lelaki lain dalam hal-hal yg di redhai ALLAH


KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya
Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa
dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

PEREMPUAN ADALAH KEKUATAN BAGI LELAKI

Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.


PEREMPUAN ATAU WANITA ADALAH SEORANG IBU YANG BAIK


Perempuan atau ibu adalah seorang ibu yang terbaik kerana walaupon ada 15 orang anak sekalipun ibu akan menjaga dan menyayanginya dengan sama dan mampu memenuhi keperluan mereka ..Tapi mampukah anak lakukan sedemikian rupa pada ibu ????

Tapi jangan terlupa bahawa Perempuan juga adalah Kehebatan Di sebaliknya



Wahai perempuanku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan PErempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Perempuanku,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Perempuanku,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.



Perempuanku,

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Perempuanku,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

dalam kehebatan ada kelemahan..
dalam kebaikan ada keburukan..
dalam kemujaraban ada kemudaratan..
dalam kejayaan ada kegagalan..

ada syurga dan ada neraka..
wanita paling mudah utk masuk syurga..
juga sangat mudah utk masuk neraka..

pilihlah mana yg egkau mahu..
syurga atau neraka?

Hanya sekadar meluahkan pendapat yang tidak seberapa dan hanya untuk iktibar semata-mata ..bukan pujian di minta tapi harapan untuk memberi sedikit kesedaran kepada semua ,acik pon manusia biase dan sama-samalah kita saling membantu sama sendiri ..adios :)

Catat Ulasan

21 Ulasan

Honey Kumicky berkata…
tq cuz beri peringatan kepada perempuan..
Best entry....
n berkata…
Thanks...-peringatan sgt bermakna buat kaum hawa.. follow u :)
yura berkata…
alhamdulillah msh ader y nak menasihaty....
Ku Azhar berkata…
waaaa bgus acik bagus!!
cerita best berkata…
panjang nya tuan blog tls tpi pa2 pun pakjoe baca jugak
Akupenghibur.com berkata…
thank u semua yg sudi membaca
Arooraa")) berkata…
hehehe .. best best .. rasa mcm insaf kejap .. hehhe :) thankssssssss :)
cik kitty berkata…
thanx for the reminder :)
khadijah nadiah berkata…
entry yg meninggalkan kesan di hati sy,
terima kasih=)
Nur Amira Ishak berkata…
entry yang sangat berkesan di hati saya.berpesan dalam kelembutan.
farhana mohamad berkata…
:) tak terkata bila membacanya..
:) entry yang menarik, A++
:) hehe
Unknown berkata…
yeah...like x100...memang sokong giler entry nie..acik mintak share a few part bleh??
hAnimHidaYah berkata…
mohon copy , syukran jazakallah