Ticker

6/recent/ticker-posts

Biar Putus Cinta Dengan Manusia Tapi Jangan Dengan ALLAH



Assalamualaikum
Hai Semua, apa khabar ?? akhirnya dapat lagi kita senyum bersama-sama setelah apa yang berlaku dalam hidup nie...anggapkan semalam sejarah yang beri kita pengajaran dan semoga hari yang akan datang berikan hikmah..amin .Dengarlah luahan hati ini
Aku menagis bukan kerana aku memerlukanmu, aku bersedih bukan bermakna aku ingin kau kembali dalam dakapan,aku bersedirian bukan kerana aku teringat akan kamu tapi apa yang aku lakukan adalah belajar untuk melupakanmu dan aku terpaksa belajar melepaskan dirimu pergi.



Akhirnya aku terima dalam kenyataan hidup ini bahawa perpisahan itu harus berlaku dan aku benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpa dirimu.Mungkin pada mula amat susah untuk melupakan sehingga aku anggap kaulah cinta pertama dan terakhirku. Senyumanmu membuat aku tak mampu tidur lena kerana itu senyuman yang terindah pernah kulihat. Lalu aku tertewas kerana tak dapat melupakanmu.


Aku sedar dalam soal hati dan cinta ini tiada undang-undang yang rasmi dan tidak juga kerana keterpaksaan. Jatuh cinta adalah kerana kita yang menginginkannya.

Jatuh cinta adalah pekara yang terindah dalam hidup dan putus cinta bagaikan mimpi ngeri yang tak mampu terungkapkan.


Lalu aku tersedar bahawa cinta itu adalah sebahgiaan cubaan hidup ini, cinta adalah sebuah risiko yang perlu kita hadapi kalau indah maka bahagialah kalau kecewa itu tidak terkata.

kadang-kandang bila kita memiliki cinta kita terlupa bahawa cinta itu perlu di semai dan dipupuk dengan perasaan kasih sayang.Kita terlalu yakin bahawa itulah cinta hingga ke akhir hayat.Dan apabila semuanya berakhir baru kita sedar kesilapan apa yang kita lakukan. Malangnya kita sudah terlambat.

Apa yang aku tahu soal cinta ini adalah soal hati dan ianya juga adalah soal jodoh.Kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan segalanya.

Tapi aku lebih rela kehilangmu dan aku tak sanggup kalau kehilangan Allah yang selalu memberikan segalanya dan selalu ada untuk aku.

Ketika aku menangis sekian lama dan hatiku masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmata itu.
Jika aku terfikir bahwa hidupku sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samaku…
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan aku merasa tertekan… Allah bersamaku untuk menenangkanku…
Ketika aku terfikir bahwa aku sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya…
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan aku merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkati…
Ketika aku merasa sendirian dan teman-temanku terlalu sibuk untuk menelefon … Allah sentiasa berada di sampingmu…
Jika tiba-tiba aku dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadaku…
Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi). Dalam satu hadith yang lain: “Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”Bukan sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh badannya dan orang itu ialah ahli syurga. Airmata memberi syafaat kepada tuannya di hari kiamat dengan izin Allah.
ALLAH SELALU ADA UNTUK AKU .. TAPI CINTA ITU ADALAH DI SAAT KITA BERTEMU DAN MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT TERHADAP SESEORANG. JIKA CINTA ITU TIDAK BERKEKALAN MUNGKIN ALLAH MENGINGINKAN KITA BERTEMU DAN BERCINTA DENGAN ORANG YANG SALAH SEBELUM BERTEMU DENGAN ORANG YANG TEPAT. KITA HARUS MENGERTI DAN BERLAJAR UNTUK MENGHARGAINYA ..

Catat Ulasan

7 Ulasan

Zahirah berkata…
tak perlu bersedih. insya Allah ada yang terbaik untukmu :)
cikgu berkata…
sedih..memang sakit bila cinta retak...hati remuk..bagai terhiris..
Akupenghibur.com berkata…
ermm biase la tukan perasaan kita
iAmCekbolat berkata…
sayu jer.. hmm.. mngisla krana Tuhan.. better then u cry for women..
Shazwan: berkata…
wah. suke3. nice entry bro.
kalau kita suka, minat or berkenan kt seseorg, nak buat mcm mane ek? nak tau x?
jom singgah sini > Kalau
Tanpa Nama berkata…
perasan kan bila kita sedih baru kita ingt allah..terfikir ena,,.patutnya kita bercinta kerana allah..apa-apapun cinta Allah adalah cinta yg teragung ;)