assalamualaikum
Hai semua apa khabar ?? wow acik kembali lagi dengan senyuman yang manis , Sebenarnya niat di hati nie tak mahu nak buat entry tapi memandangkan ada seorang rakan minta sangat untuk berkongsikan kisah lelaki. So rasa terkilan pula jika tak berkongsi pendapat kepada semua even budak yang request nie pon acik tak pernah kenal . Itu bukan " big issue" so acik teruskan membebel :)Tentu sekali lelaki yang serious dalam perhubungan adalah lelaki yang ingin menjadikan kamu seseorang yang halal baginya. Tentu dia akan berlaku jujur terhadap kamu. InsyaALLAH
Okey kepada perempuan di luar sana yang ingin bercinta dan telah bercinta tapi di kecewakan oleh lelaki, sabar yer belum ada jodoh tu. Memang betul pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup kita tapi kalau ada jer pengalaman tapi tak cuba ingat dan aplikasi dalam kehidupan kita ,so akan jadi same jer .berhati-hatilah
Saat Permulaan Perkenalan
Di saat nie la proses perkenalan bermula antara pasangan senang cakap nak kenal hati budi masing-masing.Masa nie la masing-masing akan memperkenalkan diri mereka dan kebiasaannye perempuan yang suka cerita tentang latarbelakang dan sejarah hidup mereka. Tapi bila lelaki pula suka bagi tahu yang basic saja seperti nama,umur dan duk kat mane (itu sajekan adehhh mesti ada agenda tersembunyi).Sebenarnya akan jadi masalah kerana lelaki nie boleh mempermainkan kamu sebab kamu pon tak tahu sangat tentang dia. Lebih baik bila berkenal itu tahu semuanya tentang pasangan.
TEST ingatan
Okey untuk test ingatan nie kamu semua boleh uji lelaki sama ada dia nie jenis yang jujur untuk jadikan kamu teman istimewa atau tidak. Wokey saat nie kamu boleh tanyakan tarikh lahir kamu,nama sebenar kamu, tentang family, siapa kawan baik kamu . Kalau dia dapat jawab bermakna dia serius dengan kamu ..kalau tak fikir-fikir la sendiri.
Bila Berlaku kecemasan
Bila orang betul sayang dekat kita ,walaupon telefon tengah malam pon sanggup datang (hehehe ada ke orang buat macam tu ). Cubalah test dia bahawa kamu ada masalah transport or sebagainya dan cuba menyusahkan dia sekejap.Kalau betul dia sayang kamu ,dia akan cuba selesaikan masalah kamu.
Bila Tak sehat
Bila dapat khabar bahawa kamu sakit ,dia alah orang yang paling susah hati.. 1 Hari dekat 10 kali call tanye keadaan kamu dan bawak pergi clinik. Berbanding orang yang tak serius dengan kamu akan cakap ooo sakit yer ciannye ,,,jangan lupa makan ubat yer ...tu jer ???
Masa Bergaduh
Setiap perhubungan mesti ada salah faham.. dalam mase nielah nak menguji sejauh mane kejujurannye sama ada dia tahan tak dengan sikap kamu dan mampu tak untuk bersabar.Kalau mane yang boleh di selesaikan akan di selesaikan secara baik-baik.Kalau dia tak jujur lelaki nie akan cari alasan dengan perlbagai jawapan dan jadikan alasan untuk minta putus.
Bersabar dengan kamu
Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah dan agak banyak kerenah…contohnya kalau pergi shopping mesti perempuan suka masuk kedai baju,kedai kasut..memilih mesti lama ye dak?..hehehe..kalau si lelaki betol-betol memahami dan jujur dia akan sabar melayan kerenah kamu..kalau dia jujur dan ikhlas,dia akan terima seadanya sikap kamu..kalau kamu dah jumpa lelaki macam ni ,insyaAllah bahagialah…unless, kamu terlalu melebih-lebih kerenahnya.. paham-paham lah kan?
kadang kala kita mahukan semua berjalan dengan lancar dan mahukan lelaki jujur . Tapi sebelum tu pastikan kamu juga adalah seorang yang jujur dan setia ..dan acik suka ayat di bawah nie dan fahamilah makne yang tersirat dan tersurat.
Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...
22 Ulasan
dan persepsi yg mungkin ada kesilapan yg kita buat tak sedar buatkan dia tak selesa..
tapi apapon jika dia lelaki yang cinta kamu kerana agamamu dan ikhlas dengan kamu maka dia tidak adkan curang.. apapon percaya pada jodoh ALLAH..
semua ciri2 tu ada pada die
sanggup ssh semata2 untuk sy
tapi die lbh muda dr sy
mcm mane ye??
sy xpnah dpt yg mcm 2..
tp sy percya ALLAH 2 adil n penyanyang..
sabar menunggu..... :)
Tapi, sayangnya dia pada isteri dan anak-anak, sanggup dia korbankan semua gaji dia, tinggal kat diri dia RM40 je sebulan. Yang lain, dia bagi saya suruh pakai.
Takpelah, kalau dia tak teman sy shopping pun. Dia bekerja keras nak bagi kami senang.
Entry ni buat saya tersedar.. Lelaki itu menyayangi saya. Alhamdulillah.
Entahlah , kadang kadang lelaki ini tak boleh diduga , macam ego mereka nie tinggi , tapi wallahualam . Suka baca entry acik (: