Assalamualikum
Alhamdulilah hingga kini dapat lagi melihat wajah mereka yang tersenyum apabila berkunjung ke blog acik nie. Memang susah nak biarkan orang sokmo datang ke blog yang tak seberapa nie sebab ramai lagi blog yang hebat dan menarik. Tapi acik akan terus menulis untuk menghiburkan hati sendiri.. Dalam lubuk hati yang paling dalam nie tersembunyi perasaan yang susah untuk di ungkapkan dengan kata-kata.Walaupun aku cuba untuk melupuskan di dalam hati nie amat susah sekali.Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang pernah kita cintai. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya.
Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang redha. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.
Tapi biarlah perasaan nie menjadi bukti aku pernah jatuh cinta pada dia.Kadang-kadang aku terikutkan dengan perasaan dan rasa amat sakit sekali .Semuanya dah berakhir dan anggaplah ini satu pengajaran kepada diri sendiri.
Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.
Bila dia dah jauh dari kita baru kita sedar yang kita perlukan dia dan dia lebih memahami kita.cinta itu tak semestinya bersatu..
alangkah indahnya perasaan bila dapat melihat si dia berbahagia di samping insan-insan yang disayanginya dengan perasaan ikhlas dan redha.. dan jauh di sudut hati aku menyedari yg dia bahagia.. dan aku juga tahu yg dia tetap mendoakan kebahagiaan untuk ku, sbg mana aku mendoakannya..
belajarlah menyayangi seseorang walau apa pun yang terjadi di antara kita..
alam percintaan, perlu bersedia dilukai dan melukai.. bukan hanya menyayangi & disayangi, mencintai & dicintai.. harus belajar menerima segala kemungkinan..
Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.
Dan saat ini hanya mampu aku katakan maaf seandainya apa yang aku lakukan dahulu ada menyakitkan hatimu.. aku ikhlaskan apa yang berlaku...biarlah perasaan nie pergi untuk selamanya kerna aku cuba terima hakikat ini.. ermmm
10 Ulasan