Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasihatku Kepada Lelaki Tentang Perempuan


Assalamualaikum

Alhamdulilah akhirnya acik dapat juga menyaut cabaran acik untuk rally 14 days untuk terus menulis entry tanpa henti .. lepas nie acik nak give up ?? oooh no tak mungkinlah jangan risau kerana acik akan terus menulis dan berikan pendapat dan pandangan kepada anda semua jangan risau yer :)..tadi di facebook acik ada bertanyakan tentang persoalan nie dan tak sangka ramai kaum hawa mengatakan betul...



Zaman sekarang nie ramai orang yang " makan hati " dengan peragai manusia yang bermacam ragam ..sebenarnya hati manusia tak sedap di makan sebab kadang-kadang rasa pahit.kadang manis or sweet ,kadang pilu bagiakan duri dan kadang kala rasa sakit .. hehe x best baik makan hati ayam or hati lembu lagi sedap ( hehe gurau jer )




Perempuan Dia yang diambil dari tulang rusuk. Jika Tuhan memersatukan dua orang yang berlawanan sifatnya, maka itu akan menjadi saling melengkapi. Dialah penolongmu yang sepadan, bukan lawan yang sepadan. Ketika pertandingan dimulai, dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu, tetapi dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di depan, atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlewat olehmu, dialah yang akan menutupi kekuranganmu.

Perempuan melengkapi apa yang lelaki tidak ada seperti perasaan,emosi,kelembutan,kasih sayang,belaian,kecantikan,keindahan dan semua benda yang kita anggap mudah tapi bagi perempuan mereka ambil berat.Kadang-kadang kala di kala kita tidak mengerti sesuatu dialah yang akan datang untuk menyelesaikannya. Jika lelaki dalam kesedihan dan kegembiraan hanya perempuan yang mengerti.Dan jika lelaki berkeras dengan egonya tapi perempuan gunakan dengan kelembutannye dek kata orang dulu batu yang keras jika di titiskan dengan air setiap hari akan ada lekuknya. Perempuan akan hadapinya dengan senyuman.



Perempuan yang acik tahu bukan perlukan lelaki yang tampan dan sasa ,tetapi cukuplah seadanya yang dapat melindunginya dikala dia sakit dan kecewa. Hati perempuan sangat hebat ..dia dapat terima lelaki seadanya ..walaupon pernah di kecewakan ,dia masih lagi berikan peluang ke dua kepada lelaki. Hati perempuan mudah tersentuh jangan kamu jadikan alasan untuk kamu menyakitkannya.Mereka perlukan perhatian dari seorang lelaki.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW mengenainya, jawab baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


Perempuan nie memang kadang kala bila dah benci akan benci selamanyanya tapi hanya di mulut tak sampai ke hati lagi .Jika kamu tahu tentang apa yang mereka rasakan ,kamu akan memahami. Jangan kerana ego seorang lelaki kita kehilangan orang yang terpenting dalam hidup kita..

Memang mereka lembut tapi bagiamana jika kita kehilangan mereka ??? rasa nak gila ??


Perempuan lembut bukan untuk kita pijak bukan untuk jadi alas kita , Sebenarnya perempuan adalah sebahgian dari hidup kita ,yang tercipta dari rusuk kaum adam untuk dilindungi.Mereka adalah sebahgian hidup kita ..jika kita luka hati mereka umpama kita lukakan diri kita sendiri .. lihatlah sejenak ...perempuan akan selalu ada untuk kita jika kita memberikan kasih sayang yang ikhlas ...:)

akhir kata dari acik jagalah perasaan perempuan sebagaimana jika jaga perasaan kita ...memang perempuan kadang kala jadi pembangkang tapi itulah yang buatkan hidup kita lebih sempurna ..fahami dan kamu akan mengerti ..




Catat Ulasan

16 Ulasan

ilhambrothers berkata…
kita saling melengkapi..terima kasih atas nasihat.. ^_^
Lynn Damya berkata…
entry best !! :')
Nurul Syafiqah berkata…
nice entry :D hit me @ http://bewithme4evaneva.blogspot.com/
krazylenglui berkata…
betul ckp acik, perempuan hanya ckp je, tp memang tk sampai pun benci tu kat hati pdahal lg syng sebenarnya n_n
Akupenghibur.com berkata…
itulah lembutnya hati perempuan
syuwai berkata…
jadi lelaki2x dkt luar tu sila take note entri ni.. ehehehehe ;p
Akupenghibur.com berkata…
emmm hopefully lelaki bce.... tlng sebarkn yer
indranesia berkata…
nice..nice..nice.... saya sangat mencintai saya punya perempuan...
Fiey berkata…
ko patut buat button share utk fb bg setiap post bagus post nih..
done follow :)
infieyonashoe.blogspot.com
Unknown berkata…
erm,perempuan susah nak dendam..xtau btul ke tak...tapi yg psal m'beri peluang kedua tu btul sngt..(: