Assalamualaikum
Hai semua rasa rindu sangat nak bertemu dengan kamu semua, hehe setelah beberapa tak update blog dan tak online kerana ada halangan yang tak dapat di elakkan. Tapi acik terus bersemangat nak berkongsi dengan kamu semua dan ribuan terima kasih kerana kamu semua masih lagi datang jeguk ke blog acik yang tak seberapa nie...tocey..tocey :)
Pernah tak kamu rasakan cinta bertepuk sebelah tangan ????
Pernah rasa cinta atau hubungan tanpa status ??
Tahu apa tu cinta atau hubungan tanpa status??
Hubungan tanpa status adalah hubungan yang terjalin antara 2 hati manusia tanpa inginkan ikatan antara mereka.
Sebenarnya acik saje nak kongsi tentang hubungan tanpa status yang terjadi dalam hidup acik sendiri. Acik cuma mahu beri peringataan dan pengajaran kepada kamu semua.Sedarlah jika berlaku kepada kamu ... jangan biarkan semuanya berlaku.Mungkin kononnya boleh jadi abang angkat,adik angkat,kakak angkat,pakwe angkat,makwe angkat dan sebagainyanya.
Senang kata hubungan yang di inginkan hanya untuk "suka-suka" tak mahu ada status antara mereka...ayat lebih popular "scandal" lebih gemar berkawan dengan sesiapa dan bebas tapi jadikan kita nie tempat mencurahkan kebahgiaan dan kesedihan.Umpama bercinta tapi sebenarnya tidak dan kata mereka hanya berkawan..
Dan jika di biarkan memang indah rasa tapi hanya setakat di tahap itu sahaja kerana mereka boleh mencari pasangan lain jika mereka sudah bosan dengan kita. DAN BILA KITA MULA SUKAKANNYA ATAU JATUH CINTA PADANYA ,DIA AKAN KATAKAN KITA CUMA KAWAN BIASE TAK LEBIH DARI TU ...dan kita juga akhirnya menderita dan terluka ...
Tolong Jauhkan Perkara ini jika berlaku kepada anda dan berhati-hatilah.Dan ini contoh yang acik boleh berikan
1)Caring tentang kita lebih dari seorang kawan
Kita tahu bahawa kita adalah kawan biasa saje tapi tindakan si dia lebih dari kawan biase dengan menelefon setiap hari,SMS dan chatting. Bila di tanyakan saje untuk ambil berat tapi berhati-hatilah jika di biarkan akan lebih dari ini dan akan ada hatu yang terluka
2)Suka Mengeluarkan ayat-ayat bunga
Suka keluarkan ayat bunga nie adalah apabila si dia yang anda kenali cuba berikan kata-kata manis,cinta dan cuba jadi pujangga cinta dengan anda di alam cyber tapi dunia reality buat-buat macam tak kenal ..bahaye tu ...so kena jage-jage
3)Mencari Bila Perlu
Apa juga manusia nie just gunakan kita time mereka dalam kesempitan dan dalam kesedihan.Mereka akan meluahkan apa yang mereka rasakan dengan harapan mereka akan rasa lega dan jadikan kita kononnya pendengar yang baik ..tapi selepas tu ??? kita jadi tanda tanya sebab dia diam menyepikan diri
4) Kebebasan Pergaulan
Ada yang acik kena bila seseorang tu buat contract by mouth bahawa kita akan rapa tdengan tiap hari telefon,sms dan sebagainya tapi kita berhak untuk keluar dengan sesiapa dan couple dengan sesiapa ..senang cakap perhubungan dalam diam @ scandal... dan akhirnya rasa sakit oooo
Okey la acik berikan sedikit jer dulu yer nanti acik kongsi lagi...dan kepada seorang wanita yang akan memlilik hati acik nie dengarkanlah
Wahai engkau yg ada disana, jika benar itu engkau
Yang telah Allah pilihkan untuk mendampingiku
Maka telah ku persiapkan hati ini menyambut cintamu
Ketika ku mendampingimu kelak harapan ku hanyalah agar aku mampu menjadi yang terbaik untukmu,
Semoga diriku menjadi penenang bagimu,
Wajahku menjadi kesenangan bagimu,
Mataku menjadi keteduhan bagimu dan genggaman tanganku menjadi pelepas keresahanmu, Aku hanya ingin kau yang bertahta dihati ini ... adios :)
Wahai engkau yg ada disana, jika benar itu engkau
Yang telah Allah pilihkan untuk mendampingiku
Maka telah ku persiapkan hati ini menyambut cintamu
Ketika ku mendampingimu kelak harapan ku hanyalah agar aku mampu menjadi yang terbaik untukmu,
Semoga diriku menjadi penenang bagimu,
Wajahku menjadi kesenangan bagimu,
Mataku menjadi keteduhan bagimu dan genggaman tanganku menjadi pelepas keresahanmu, Aku hanya ingin kau yang bertahta dihati ini ... adios :)
0 Ulasan