Ticker

6/recent/ticker-posts

Aduhai Blogger, Jangan Kecewa Meh Saya Tunjukkan Jalannya


Assalamualaikum

Hai semua acik kembali lagi dengan senyuman yang paling manis , dan tadi pergi jejalan ke shah alam dan tak sabar nak daftar pada sabtu nie .Maka dengan itu acik akan jadi pelajar uitm ,wah berdebar-bedar nie .Tapi bukan tentang tu sebenarnya acik nak kongsikan kepada kamu semua .Tapi sebenarnya acik ingin kongsikan sebuah cerita tentang nasib seorang blogger nie.

Tadi pagi masa acik sedang sebuk bermain facebook adalah seorang hamba ALLAH add acik. Acik lihat profile dia memang acik tak kenal tapi bila tengok mutual friend rupanya dia ada rakan-rakan blogger so acik approve jelah .Setelah itu dia tegur acik dan perbualan chat kami berpanjangan dan dia minta acik untuk datang ke blog dia. So acik dengan murah hati datanglah dan lihat blog dia .

Dia tanya acik,dia dah jadi blogger hampir 1 tahun setengah dan hampir tiap-tiap hari dia update entry tapi blog dia kurang dapat sambutan dan dia kata dia sedar dia tak cantik dan orang tak datang ke blog dia ..jap jap apa kaitan cantik dengan orang datang ?? bila tengok follow dia ramai jugak hampir 4 ribu lebih ..sedangkan blog acik pun tak ke tahap tu ..dan ayat yang tak menahan kenapa dia tak jadi Famous ???

Oklah wahai saudari sayang, pertama sekali acik nak tegur niat kamu tu , kita sebagi blogger bukan hanya untuk nak famous jer.Tugas kita adalah sebarkan infomasi. Famous x famous tu tolak tepi dulu janji apa yang kita hendak sampaikan itu di terima pembaca dan kita dapat Pahala..Kan elok dari mengharap sesuatu yang mungkin kita tak dapat.

Seterusnya bagaimana nak jadi blog & blogger yang bagus



1) Mesti gunakan tajuk yang bersesuaian dan Gempax..

Tajuk memainkan peranan penting sebelum orang click untuk kunjungi blog kita .Dari pemerhatian acik bila orang nak lihat isinya pasti akan lihat pada tajuknya ..jika tajuknya bersesuai pasti pembaca akan terus membaca apa yang ingin kita sampaikan.
2) Isi kandungan yang Berkualiti

Dalam penulisan itu mestilah jelas dan mudah untuk di fahami . Jangan gunakan bahasa sastera sangat dan bahasa pasar. Lagi satu pantang acik bila dalam entry yang di tulis ada short form .Memang acik reject teruk la ,sebagai contoh ak pn x ska n ak ingin dmengerti. Lagi satu please gunakan font yang besar sikit dan jenis tulisan yang betul...jangan sampai pembaca tak faham apa yang kamu tulis.
3) Be creative & Smart

Kita mesti jadi seorang blogger yang kreatif untuk mencantikkan blog kita, x kisahlah simple mane janji kemas..Letakkan gadget yang menarik tapi jangan serabut. Kalau nak letak gambar tu biarkan tersusun dan jangan lebih dari 5.. kalau lebih tu tak kemas dah . Kalau nak letakkan lagu ,please jangan letak lagu rock or lagu yang terjerit-jerit ataupun lagu yang di ulang banyak kali ,sungguh face up .Lastly pastikan pilih warna yang bersesuaian untuk kamu yer :).


4) Blogwalking


Ahh sebagai seorang blogger keran rajin jugak datang ke blog orang lain ,jangan harap orang nak datang ke blog kita jer ,memang taklah. So cuba luangkan masa bersama rakan-rakan anda untuk berkongsi pendapat dan bertukar buah fikiran. Paling penting postkan di group blogger yang ada di facebook .Sebagai contoh kelab blogger,Sahabat blogger ,Crew Blogger Gempax

5) Berani Suarakan Pendapat & share maklumat

Sebagai blogger kita mesti berani suarakan pendapat kita ,tapi pendapat itu mestilah tidak mengaibkan mane-mane pihak.Sebenarnya kita blogger ini adalah orang tengah kepada masyarakat .Mereka akan percaya dengan apa sampaikan.Buatlah entry yang bermanfaat dan dapat dikongsikan bersama.Dan jangan lupa ,pstikan blog kita itu sentiasa sebarkan dakwah ,berikan kata-kata hadis yang bersesuai dengan entry yang kita taip tu.

Kalau pasal blogger yang cantik & handsome itu adalah kelebihan untuk mereka. Itu bonus yang ALLAH berikan secara percuma tapi jangan kita jealous dengan kelebihan mereka .Setiap manusia ada kelebihan yang tersendiri yang ALLAH berikan kepada kita. Percaya pada ALLAH bahawa segala yang diberikan adalah yang terbaik ..oklah sampai disini dulu acik berikan pendapat .Lain kali kita jumpa lagi ...adios :)


Catat Ulasan

8 Ulasan

Syuhada Nasya berkata…
SUKA SANGAT ENTRY NIE ,, TENGS ACIK . JMPUT LA DTG BLOG SY YG X SEBERAPA NI KA .. HUAHUAHUA :))
nurpiska berkata…
ya, itu sangat betul ye acik :)
Unknown berkata…
bt0l2...jgn pk nK femes..alin wat bl0g pom ekceli suka2 je...huhu..xsangka lama2 seronok plak...

followed :D
jemput baca cni http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/02/kelab-jutawan.html
Akupenghibur.com berkata…
jadi blogger nie memang seronok
Unknown berkata…
kejap,out of topic sat.acik masuk uitm shah alam ke?or kampus lain?