Assalamualaikum
Hai Semua.. wah semalam kejutan yang besar berlaku.. memang terkejut dan teruja ... wah mimpi yang indah @ menakutkan yer ..tapi acik nak kongsikan sedikit kepada kamu semua bak kata Al -Bukhari dari Abi Sa'id.
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya :
"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27.
Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.
Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.
Ada 3 Jenis Mimpi
1.Mimpi yang benar (Datang dari malaikat etc). Mimpi ini adalah mimpi yang baik-baik. Mimpi yang boleh dipercayai.
2.Mimpi yang datang dari Syaitan. Mimpi yang nak rosakkan korang.
3.Mimpi yang datang dari hidup korang senang kata kamu semua memikir seseorang tu sampai masuk dalam mimpi
wah panjang lebar pulak rasanya tentang mimpi ,sebenarnya malam tadi acik mimpi hampir di patuk ular... tapi sumpah memang takut ...
2.Mimpi yang datang dari Syaitan. Mimpi yang nak rosakkan korang.
3.Mimpi yang datang dari hidup korang senang kata kamu semua memikir seseorang tu sampai masuk dalam mimpi
wah panjang lebar pulak rasanya tentang mimpi ,sebenarnya malam tadi acik mimpi hampir di patuk ular... tapi sumpah memang takut ...
adakah ketemui jodoh ??
atau nak dapat musibah ??
tapi apa pon acik anggap ini mainan tidur dan peringatan ALLAH kepada kita manusia biasa,... dan acik sertakan sedikit makne mimipi jika bertemu dengan haiwan
Mimpi melihat binatang berekor.
Alamat sangat baik. Anda akan bergembira kerana segala kesukaran akan terhapus.
Mimpi melihat seekor binatang liar didalam sangkar.
Alamat akan mendapat warisan yang banyak.
Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang.
Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji..
ok bace dah fahami ..sampai disini dulu adios :)
11 Ulasan
menarik .
sy biasanya ble bgun pagi , ta igt pape da sal mimpi 2 .
tapi sy selalu nak ambil tahu maksud mimpi tu hehe