Assalamualikum..
Hai semua .. apa khabar ?? alhamdulilah sekarang acik bru mengerti tentang kehidupan yang selami nie acik cari . Walaupon kadang-kadang apa yang berlaku sangat menyakitkan kita tapi kita kerana terima juga walaupon apa pon alasannya. Hari nie acik di minta oleh seorang pembaca blog acik untuk tulis tentang pekara yang akan acik taip nie , rasa bersalah jika tak berkongsi ilmu .
Ada seorang nie tanya pada acik , kenapa bila orang yang kita sayang tak hargai kita, tapi bila kita dah kecewa baru nak terhegeh-hegeh..
Sebenarnya setiap manusia ada jalan cerita mereka sendiri, tapi rugilah kepada mereka yang tak menghargai orang yang kita sayang dek kerana ego dan tamak sebab dah dapat sorang tapi nak cari yang lain.
Hal nie pernah terjadi pada acik, acik nie terlalu obses dengan fobia cinta sampai takut untuk bercinta. Memang salah acik masa tu sebab terlalu takut di kecewakan lagi oleh seseorang tu. Tapi mak acik pernah cakap ,setiap orang yang kita jumpa adalah berbeza tak semestinya perjalanan hidup kita akan sentiasa sama. Dan acik sangat rasa bersalah kerena kecewakan dia. Tapi itu takdir ALLAH dan pengajaran kepada acik...
Kita kena berpijak di dunia yang nyata bahawa setiap orang yang hadir dalam hidup kita perlu di beri ruang untuk bersama .Sebab kita kena hargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita.Kite sebagai manusia nih tak pernah nak bersyukur dengan ape yang kite ade. Kite sebagai manusia nie tak pernah puas.
Kita sering terleka dengan orang yang selalu ada di dekatnya dan abaikannya .Tapi bila orang tu dah face up dengan apa yang berlaku barulah rasa menyesal dan terhegeh-terhegeh minta maaf
Siapa kita untuk tak menghargai orang lain ??? dah bagus sangat ???
“manusia hanya pandai menghargai nikmat( mensyukuri nikmat) bila benda tu tak ada”
Ayat yang mudah, simple malah sesiapa pun boleh paham walaupun bukan orang ISLAM. Kalau air takde barulah kita nak pandai berjimat, buat catuanlah, jangan membazirlah, guna yang perlu sahaja…macam-macam seruan keluar bila air takde Semua orang merungut…susah nak basuh baju, nak memasak, nak kena mengangkut air, air minum takde. Pada masa tu lah baru pandai nak berjimat, masa air melimpah ruah memang tak tau nak berjimat air…air melimpah dalam tab mandi buat tak tau saja.
Ala manusia biasa la kan, bila hilang sesuatu baru terasa pentingnya pekara yang dah kita hilang tu. Masa ada depan mata tak pulak reti nak hargai dan bersyukur.
Bila demam baru terasa nikmatnya sihat.Time kaki atau tangan sakit/patah, baru terasa nikmatnya ada tangan yang boleh memegang dan kaki yang boleh berjalan kemana2 sahaja yang diingini.
Bila ada teman atau orang terdekat yang meninggal atau pergi jauh dari hidup kita baru terasa erti sebuah kehilangan.
Opppsss kita macam tu ke?
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.
Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan
yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
Ya Allah lembutkanlah hatiku menerima teguran..
Ya Allah kuatkanlah hatiku menghadapi semua ujianMu
::MARILAH KITA SAMA2 MUHASABAH DIRI...INSYALLAH
9 Ulasan