Assalamualaikum
Hai semua apa khabar ??? wah rasa berdebar pulak sebab besok kena hantr PTPTN. walaupon dah pernah buat masa diploma dulu tapi bila sekarang stressnya pon ada juga tapi apa pon acik just buat yang terbaik jer. Sebenarnya hari nie acik tak mo tulis panjang sangat nanti jemu pulak orang nak datang ke blog acik yang tak ada apa-apa nie..
Tadi masa acik balik dari kelas, singgahlah kedai di seksyen 2,.,, so melepak bersama kawan-kawan lepas tu agak suprise bila tengok seorang budak kecik perempuan yang berjoget depan orang ramai. Katanya nak practice untuk pertandingan tarian. Dan lepas tu acik abaikan jerlah .sebab dah mak ayah tak kisah tapi yang acik kesah. Yelah tengok pemakaian budak tu seksi walaupon budak kecik lagi adehhh kecik-kecik dah ajar cm tu .
Lepas tu acik gerak ke cyber cafe untuk print lepas tu tengok sorang budak perempuan lagi sedang asyik menyanyi lagu lady gaga dan paling pelik tu mak dia support dan nyanyi same-same....TAHNIAHLAH kepada anda kerana mengalakkan anak-anak buat pekara lagha.
Memang betul biaselah zaman moden, tapi bayangkan kalau dah dari kecik kita dah ajar cara hidup sosial, berpakaian tak menutup aurat dan pergaulan bebas. Jangan harapkan bila dah besar nanti jadi muslimah yang berguna. Orang kata lentur buluh biar dari rebungnya. Kalau gini caranya susahlah.
“Sungguh akan ada dari umatku yang menghalalkan zina, sutra, khamr dan al-ma’azif (alat-alat musik)”.(Shahih, HR. Al-Bukhari dan Abu Daud).
Maknanya: Akan datang dari muslimin kaum-kaum yang meyakini bahwa perzinahan, mengenakan sutra asli (bagi laki-laki, pent.), minum khamar dan musik sebagai perkara yang halal, padahal perkara tersebut adalah haram.
Mungkin ada yang beranggapkan hal nie pekara biasa dan acik tak berfikiran moden. Terpulanglah ,tapi cuba fikirkan bila soal agama kita jadikan pekara main-main, bila masa kita nak serius ??? bila masa ajal tiba ???
Kita di stage akhir zaman, kalau kita tak mengubah generasi kita ... siapa lagi ??jangan terlalu jadi orang yang terlalu toleransi dan fleksibel sampai tak tahu mane halal dan haram ..Akan ada katakan biarlah orang nak kata apa janji hati kita ikhlas.. memanglah tapi terfikir tak orang akan judge pada penampilan bukan hati . So fikirlah malas nak taip panjang-panjang lagi pun acik kena siapkan untuk PTPTN dan Presentation nanti ..oklah bye bye :) adios
8 Ulasan