Ticker

6/recent/ticker-posts

Bahana Shisha Kepada Wanita



Assalamualaikum

Hai semua, Hari nie acik pergi melepak bersama kawan-kawan setelah penat dengan event yang tak sudah. Jadi behentilah sekejap di restoren dan order makanan. Acik tahu di restoren tu ada menyediakan service untuk shisha. Acik nie allergic dengan asap rokok dan shisha, so terpakse menahan hidung nie dari bau-bau asap nie. Just tengok sekeliling untuk lihat di kawasan mane ada orang tengah bershisha. Tapi apa yang acik lihat sungguh terkesima apabila sekumpulan wanita sedang hisap shisha. Memang hairan dan pelik...

Kalau lelaki tu kita dah biase tengok, sebagaimana kita dah di beritahu tentang keburukan dan kesan rokok dan shisha. Tapi masih lagi berleluase,orang kata tepuk dada tanyalah iman. Dah banyak blog tulis tentang shisha beri kesan yang teruk kepada yang hisapnya dan wanita akan dapat kesan yang teruk juga.

Shisha tidak baik untuk kaum Hawa dan perlu di elakkan untuk penggunaaanya. Kalau boleh cuba jauhi dan nasihat kepada rakan-rakan anda yang hisap shisha.
Kajian daripada Department of Health and the Centre for Tobacco Control,mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok.Pada peringkat yang sangat parah,shisha adalah 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!

Kenapa shisha bahaya?
 
Mesti kamu semua rasa shisha ni lebih selamat daripada merokok kan?Tetapi mungkin kamu semua kena fikir lagi sekali,tak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama,iaitu tembakau.Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha.Shisha juga mengandungi nikotin,karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa.Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.Dan satu perkara yang anda perlu ingat,TAR dalam SHISHA adalah JAUH LEBIH TINGGI daripada rokok!
WHO menyebutkan, menggunakan shisha selama satu jam setara dengan menghisap 100 batang rokok sekaligus. Alasannya, satu batang rokok biasanya habis dalam 8-12 hisapan dengan 0,5-0,6 liter asap yang terhirup ke dalam paru-paru.
Sedangkan pada shisha, selama satu jam para pengguna shisa dapat menghisap pipa sebanyak 200 hisapan. Banyaknya asap yang masuk ke dalam paru-paru pun luar biasa, 0,15 sampai 1 liter hanya dalam sekali hisap, lebih banyak dibandingkan sebatang rokok.

“Banyak orang yang belum tahu, menghisap shisha sama saja dengan menghisap rokok. Semakin lama durasi mereka menghisap shisha, semakin besar pula resikonya pada tubuh,” papar professor Robert West dari University College London.
Seperti diberitakan Daily Mail, West menambahkan, ketidaksadaran orang-orang terhadap bahaya shisha disebabkan karena berbagai rasa yang ditawarkan dalam shisha, yang menutupi rasa tembakau di dalamnya.
Penyakit kemungkinan yang akan di hadapi

1.,Perkongsian paip shisha ni sebenarnya mendedahkan kamu kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.Penyakit yang biasa kita dengar,berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB
2. Kanser Mulut atau kanser esofagus
3. Kanser Paru-paru
4.Sakit jantung.
5.Sukar Mendapatkan Anak
6. Mengalami Kemandulan
7. Bayi yang di kandung berisiko cacat mental dan fizikal

Hanya Kamu mampu ubah masa depan kamu dan generasi yang akan datang !!


Catat Ulasan

9 Ulasan

Inz Indah berkata…
adehh..pompuan isap shisha in publuc? sama cam isap rokok je.. :D
Tanpa Nama berkata…
tak sayang dri sdri....
Pwincess sarah berkata…
sedap sangat ke shisa tu..mmg x sayang diri langsung la.. adeyh..
lau nak isap sangat baik isap lolipop kan sedap..tpi gigi lak yg rosak hehe..
Akupenghibur.com berkata…
memang pon ..worse :(
Akupenghibur.com berkata…
kalau sayang diri dah tentu x hisap
Akupenghibur.com berkata…
hahaha tpi elok lagi hisap lolipop tukan dari benda nie semua
ecadwinkyasha berkata…
my friend isap shisha..addict pula tu isap shisha.....
Unknown berkata…
Kawan. Bila kita tegur. Dia cakap kite tak paham die.
Kaka berkata…
Terima Kasih Atas Perkongsian .. Baru Tahu Shisha Lagi Bahaya Daripada Rokok