Assalamualaikum
Wah rasa dah seminggu tak menaip di blog acik nie, yelah sekarang nie sibuk dengan assigment dan macam-macam aktiviti. Tapi memang seronok berada dalam masscom or Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Memang happening tapi sibuklah kena pergi RTM lah ,program sana sini. Dan Uitm Shah Alam sememangnye besar dan ramai orang, hampir tiap-tiap hari acik jumpa dengan muka-muka yang tak pernah nampak . Maklumlah naik bas sane sini ,heheh orang kata bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian.
Sebenarnya bukan tentang nie acik nak taip hari nie sebenarnya acik hari nie nak berkongsikan cerita yang patut di sampaikan. 2 Minggu lepas acik ada kenal seorang pelajar wanita nie nama panggilan dia Dila. Mula-mula tu malu nak tegur yelah takut tu , tapi 1 hari tu beranikan jugak tegur dan berkenalan .Tapi niat acik buat nak mengurat malah nak tahu lebih lanjut tentang dia. Sebab dia sebaya dengan acik tapi masih belajar dan sekarang sedang mengandung. Rasa ingin tahu lebih lanjut tentang isteri muda nie.
Lama kelamaan kami kawan,mulalah bercerita tentang diri masing-masing dan acik tanya dia ,ermnm best kew kawin muda nie ??
Dia jawab dengan sempoi , mula-mula tu memang best sebab kita dapat cinta yang kita dambakan tapi setelah dah kawin baru rasa beratnya. Beratnya tanggungjawab yang kita kena pikul. Masa bercinta memang best tapi kawin ni kena komitmen yang tinggi. Sekarang nie pon dila belajar sebab fikir masa depan, yelah dulu tak teringat nak sambung belajar bila dah macam gini baru nak sambung belajar.
Acik rasa terdiam dan acik mula-mula takut jugak nak tanye lebih .. tapi acik beranikan diri dan acik tanyakan tentang suami dia
Dila jawab :acik dila minta maaflah cakap.Jadi lelaki senangkan tak payah nak amik peduli pon tak apa.. senang jer ,dah kawin tinggalkan bini tak ada rasa apa-apa ...hati kita nie yang terlalu kecewa sangat ..kami bercerai tahun lepas sebab katanya dia kata masih belum sedia lagi , now dila dapat tahu dia ada perempuan lain. Bekas suami dila tu umur dia 23 tahun , sekarang dah kerja. Terus terang acik dila malu sangat dengan apa yang terjadi walaupon dila ada anak hasil perkahwinan halal tapi bila orang pandang dila nie macam perempuan hina. Orang asyik tanya mane suami kita, bawa perut usung sana sini bukan ringan acik ,bukan dila nak merungut tapi tenguklah semua benda dila kena buat.lelaki dah buat boleh terus lari dan tak ada effect pada dia sedangkan perempuan kena tanggung apa yang laki tu buat.
acik memang rasa tersentuh tapi apa yang acik tak faham tu ,sampai hati husband dia buat macam tu . Kalau betul tak bersedia kenapa perlu nak kawin dan sekarang tak mahu lakukan tanggungjawab ??? lelaki apa tu ??? ermm acik tanya apa yang buat dila kuat untuk terus study.
Dila : Sebenarnya acik memang betul orang kata perempuan belajar tinggi-tinggi kedapur juga tempatnya.Tapi bila dah macam gini ,di tinggalkan laki , hidup kita compang camping. Hanya dengan ilmu kita dapat ubah naseb kita.Tanpa ALLAH siapalah dila..hanya ALLAh tahu hati nie macam mane...
Untuk pengetahuan semua ,cerita nie adalah kisah benar dan acik minta persetujuan untuk menulis cerita nie dan dila bersetuju .Niat acik bukan nak malukan dila tapi untuk pengajaran semua. Perempuan memang hebat mampu hadapi semuanya dengan tabah... kalau lelaki kena lalui seperti ini mampu kew ???
Pesanan dila kepada semua, Kita jadi perempuan jangan terlalu senang untuk bagi mahkota kita pada lelaki. Jangan terlalu percaya 100 % pada lelaki. Sebelum bercinta perangai lelaki memanang tak sama selepas berkahwin. Cari ilmu dan senangkan ibu bapa dulu dan barulah fikir untuk kawin. Jodoh tu tak kemana ..Percaya dengan ALLAH
9 Ulasan
dila tu akan dapat suami yang lebih baik dri suami dila dulu,,,byk bersabar dila,,satu lagi buat apa la nak peduli ckp2 org,,dorang yg dapat dosa ,,,biasalah kat dumia ni kita tak boleh nak puaskan hati semo org,,,jaga dri n ur baby,,mesti bby tu nnti seorang yg kuat mcm mummy dia ,,
Moga2 dia dapat yang lebih baik.
Sebab tu pentingnya memilih pasangan yang baik sebelum kahwin. Jangan hentam keromo je, kerana cinta la katakan.
Harap Dilla tabah. Ada ganjarannya. Allah bersamamu, dan malaikat akan doakan.. Amin.
-copied-
:)
sila sila :)
nice entry...
http://nugrulsakura.blogspot.com/