Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasihat Kak Long Kepada Diriku



Asslamaulaikum

Hai semua apa khabar ?? ermm rasa dah lame tak update blog acik ,last entry rabu lepas. Sekarang nie memang double penat dan sibuk dengan KI(kemahiran Insaniah) di Uitm dan pelbagai program. Dari masuk Uitm sampai sekarang acik belum balik ke rumah lagi , ermm memeng stress + tension sebab duit Pinjaman pon tak masuk lagi (mulalah tu nak merungut)

Tapi dalam kekalutan acik ,acik ada insan yang selalu sokong acik dalam apa pon keadaan mereka adalah mak, kakak dan abang yang selalu ada di saat acik susah dan senang.Mereka sumber kekuatan acik untuk teruskan kehidupan. Sebenarnya hari nie acik nak kongsikan cerita tentang seorang insan yang sangat acik sayang dan hormati. Dalam keluarga acik,acik adalah anak ke 4 dari enam oran adik beradik ,dan tentulah yang anak pertama tu di panggil Alongkan .So hari nie acik nak kongsikan tentang kak long acik iaitu Cikgu Rozita
rasanya pengalaman hidup dan apa yang dia lalui sangat mencabar dan acik respect pada dia. Dia umpama wanita hebat yang kedua terpenting selepas mak. Kalau acik susah dia akan dapat rasa, tu acik rasa pelik sangat. Hal terpenting yang acik nak kongsikan adalah nasihat yang selalu di bagi pada acik


1.Jangan tengok orang yang lebih beruntung dari kita tapi tengok orang yang lebih teruk dari kita.Kita akan lebih bersyukur dengan apa yg kita ada..

2.Jika ingin mencari pasangan jangan lihat pada rupanya tapi lihatlah pada agamanya dan selebihnya barulah apa yang acik mahukan.

3. Jangan kerana hanya ingin mengejar cita-cita sehingga kita lupa orang yang selalu sokong iaitu adalah kawan-kawan dan orang yang selalu di sekeliling kita.

4. Jangan kerana cinta buatkan kita lupakan segalanya dan buat kita lalai sepatutnya cinta buatkan kita lebih kuat dan bersemangat untuk melakukan segalanya.

5. Dimana kita berada,setingga mana darjat kita tapi jangan lupa kepada ibu bapa yang selami ini melengkapi segala keperluan. Bukan harta yang di minta tapi kasih sayang dari seorang anak.

6. Jangan streeskan diri kerana keadaan sepatutnya kawalah stress , kerana manusia yang hebat adalah dapat mengawal emosinya sendiri

7. Jangan selalu berikan alasan kerana orang yang banyak berikan alasan adalah orang yang akan menemui kegagalan dan seharusnya mencari penyelesaian sebelum alasan itu di kemukakan.

8. Setiap perubahan yang dilakukan biarlah kerana-Nya.Nak jadi soleh bukan semata-mata nak dapatkan yang solehah.Target utama tetap nak dapatkan cinta Allah swt.

9.Jangan pendamkan apa yang kita rasa, luahkanlah tapi biar bertempat dan pada orang yang sepatutnya.Dan yang penting jangan buka aib diri sendiri dan orang lain.


10.Muliakanlah di agar dia juga memuliakanmu dan banyaklah bersikap setuju agar dia lebih lama menjadi pendampingmu."

"Kamu tidak akan mencapai apa yang kamu inginkan, kecuali bila mengutamakn keridhaannya atas keridhaanmu, dan mendahulukan hawa nafsunya terhadap hawa nafsumu dalam hal-hal yang kamu senagi dan kamu benci."

ini semua adalah nasihat dari kak long acik ,cuma ayat itu mungkin tak sama kerana bercakap dengan menulis ada perbezaan struktur ayat .So inilah kata-kata yang selalu acik ingat dari nasihat kak long..Ok lah sampai disini dulu assalamualaikum

Catat Ulasan

2 Ulasan

hana szied berkata…
semoga nasihat tu bukan di blog ajeh . tapi dhaty jugaa
Akupenghibur.com berkata…
mestilah ..kalau x mcm mane saye boleh ingat setiap kata-katanya