Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasihatku Kepada Yang Baru ingin Bercinta




assalamualaikum

Hai semua hari nie sangat istimewa kerana hari nie adalah hari cuti umum kerana hari pertabalan agung..alhamdulilah ada juga hari rehat. Ada seorang nie minta tolong sangat pada acik sehingga 5 kali mesej acik untuk minta tolong sampaikan tentang bila pertama kali jatuh cinta.


Kali jatuh cinta ini bukan hanya "cinta monyet : tapi kepada mereka yang mendapatkan cinta ke dua, ketiga selepas kecewa cinta. Tetap di panggil cinta pertama sekali lagi kan .. haruslah :)


Siapa yang tidak pernah jatuh cinta? Siapapun, pasti juga pernah merasakan cinta pertama. Cinta pertama terjadi saat mula mengenal hidup dan erti cinta.Cinta pertama bagi kepada sesiapa saje yang pernah ingin mendapatkan cinta pertama mereka memang so sweet sangat .



CINTA itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.

Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.

Bercinta janganlah mengikut nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja.


Pertama : Kepada yang wanita , jangan benarkan pasangan kamu biarkan dia pegang kamu walaupn apa pon keadaan kerana mula-mula sikit lama-lama akan jadi di tempat yang lain yang tak sepatutnya. Jaga adab pergaulan antara kamu dan pasangan tu ..

 
Kedua : Jangan kerap berjumpa, memanglah kalau dah rindu tu mesti kalau boleh nak tiap-tiap hari berjumpa. Kalau boleh elakkan berjumpa sekerapnya kerana bila kita berdua akan ada orang yang ketiga bersama kita. Yang ketiga itu akan jadi pemangkin nafsu pasangan masing-masing.

 
Ketiga: Jangan kerap bertelefon, orang selalu salah faham kononya bila kerap berhubung nie boleh terhindar dari maksiat.Sebenarnya silap tu sebab bila kita sentiasa bertelefon mulalah dari topic yang biasa sehingga topic yang luar biasa,seperti bila kayu kering di simbah dengan minyak tanah maka berbara api jadinya.

 
Keempat : Kepada lelaki jangan pernah berkata-kata bagai lebut lidah dari gusi. kata-kata lelaki boleh jadi penawar dan boleh jadi tuba kepada kaum perempuan .Selepas berjanji sumpah setia dan perempuan akan serahkan segalanya ,kamu boleh lari begitu sahaja ..amcam mane nasib si perempuan tu ??? fikirlah

 

Kelima : Akan jadi kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.

 
acik just bagi yang acik rasa dan hanya untuk peringatan bagi semua, kerana cinta mampu buat orang jadi pelbagai perasaan. Kita boleh tengok apa yang terjadi pada remaja kita.sampai disini dulu assalamualaikum

Catat Ulasan

11 Ulasan

affriena berkata…
wahhh...nice entri ^^
Miss Eyna berkata…
trm ksh ats nasihat yg baik.. moga dpt jd panduan untuk saya
Akupenghibur.com berkata…
welcome semoga berguna :)
Keknis berkata…
nasihat yang sangat berguna..thanks bro ^_^
ain akasyah berkata…
cinta adalah anugerah yang tak ternilai,
sebelum nak merasai nikmatnya cinta,
cintailah kekasih kita yang 1 ALLAH :)
Akupenghibur.com berkata…
thank bro sebab bace
Akupenghibur.com berkata…
cinta ALLAH akan selalu ada untuk kita
zulhisham zamri berkata…
entri yg berguna bro.. :)