Assalamualaikum
Hai semua, hari nie jari jemari acik nie gatal nak menaip lagi, entah tapi mungkin di sebabkan seseorang yang telah buatkan pandangan acik berbeza tentang cebisan kehidupan dan tentu sekali tentang cinta. Kalau ikutkan hati nak tulis tentang lain tapi kerana terdapat permintaan tentang cinta so acik ikutkan dulu dan tangguhkan niat acik.
Tapi...Cinta.. Lima huruf yang tak pernah terlepas dari kehidupan kita, entahlah tapi apa yang acik tahu cinta itu subjektif dan merangkumi semuanya dalam kehidupan kita.
Cinta memang sesuatu yang fitrah,kita tak akan mampu untuk menolaknya jika saja cinta mampu untuk di tolak maka akan banyak manusia yang menolak cinta ini. Karna sering kali cinta membuat diri kita tersakiti,bahagia, sedih ,kecewa ,keliru dan semua perasaan.
Rasa nak gelak pon apa yang acik lalui kerana pernah sakit kerana cinta dan pernah bahagia kerana cinta . Cinta itu sangat kuat kerana kita percaya pada "power of love " tapi pada hakikatnya cinta itu biase saje dan kita yang buatkan cinta penuh dengan tanda tanya dan "power" tersebut .
Dan hari ini acik berjumpa dengan seseorang yang beri pengertian yang berharga sekali tentang cinta ini. Dia buatkan acik tertanya , dan dia buatkan acik mencari rasa tentang rasa ini.
soalan pertama : Masa pertama kasih sebab apa acik jatuh cinta pada gadis tu ?
Honestly pada permulaan acik nak kenal apa itu cinta, dan acik jatuh cinta pada seseorang kerana dia terlalu baik pada acik dan acik cuba pupukkan rasa cinta sehingga acik boleh cintakan dia.
Soalan ke Dua : Apa yang buatkan sanggup menolak perempuan yang sebenarnya acik sayang ?
Secara jujurnya, itu bukanlah niat acik untuk melukai atau menolak mereka tapi acik nie terlalu ikutkan perasaan kerana takut di permainkan lagi .Padahal ALLAH telah menyatakan bahawa jika benar dia jodoh acik maka dia memang tersedia untuk acik. Acik simpan perasaan ini di hati yang paling dalam, biarlah dia anggap acik jahat kerana ingin mempermainkan dia ,tapi niat acik adalah memberitahu bahawa cinta itu bukan sekadar ,mesej ..bertelefon 24 jam dan meluahkan rasa tapi sebenarnya lebih kepada mengenali cinta dalam islam.Memandangkan cinta adalah suci lagi murni, janganlah kita kotorkan ia dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian cinta itu. Perbuatan ini akan membuatkan Allah Taala murka kepada kita. Segala batasan syarak mestilah dipatuhi agar fitrah yang suci itu tidak bertukar menjadi fitnah!
MAKA DENGAN ITU FAHAMI UNDANG-UNDANG CINTA YANG SIMPLE NI
1. Hendaklah cinta kita itu didasari kepada cintakan Allah Taala.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala. Allah Taala yang memberikan fitrah itu kepada kita, maka gunakanlah fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.
2. Pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta itu tiada hukum Allah Taala yang dilanggar.
Di antaranya ialah tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama seperti solat dan lain-lain lagi.
3. Jangan mencintai seseorang lebih dari mencintai Allah Taala.
Maksudnya, janganlah kita mencintai seseorang itu lebih hebat daripada kita mencintai Allah Taala. Cintailah seseorang itu seadanya sahaja dan cintailah Pencipta cinta itu lebih dari segalanya.
oklah setakat di sini dulu lain kali kita bersembang lagi.. assalamualaikum ..adios :)
10 Ulasan
tp skarang bkn mse yg ssuai utk sye bercinta :)