Ticker

6/recent/ticker-posts

Harus Baca : Adakah Saya Bukan Ibu Yang Baik ??

Assalamualaikum 

Hai semua, hari nie baru ada masa nak menaip setelah banyak assigment dan sekarang nie lega dengan setelah selesai event dan acik terus update apa yang terjadi hari nie. Hari nie mula-mula acik di invite untuk menjayakan program tapi katanya tak jadi tetiba last minit telefon kata jadi pulak tapi tak pelah. Ini pengalaman yang berharga untuk acik lalui. Thanks kepada mereka dan abang din yang banyak tolong acik. Tapi masa balik acik menunggu kereta kawan nak amik, dan keluar dari hotel acik terus duduk kat bas station sebab senang terus naik kereta bila sampai...

Sambil acik duduk di bus station acik ada ternampak seorang perempuan tua, ermm bila melihat dia teringat mak kat kampung.Tapi rasa pelik sebab dah malam-malam nie tak balik lagi.Entah kadang nie acik nie suka menyebuk sikit  dan acik terus tanya makcik tu. 

Acik : Mak cik nak pergi mana malam-malam nie ??

Mak cik : ermmm mak cik tunggu bas, tadi pergi beli barang dapur 

acik : oooh yeke ..banyak yer beli barang macam ada majlis jer 

Mak cik : anak mak cik nak balik esok ,dia kata dia amik cuti 1 minggu.

acik : teringat mak cik teringat mak ..

Mak cik :  ermm ( tetiba mengalirkan air mata ) 

acik : makk cik saya minta maaf , saya ada salah cakap kew ??

Mak cik : ermm taklah terharu rasanya belum pernah anak mak cik cakap rendu kat mak cik...

acik : maaf yer mak cik , anak mak cik duduk kat mane ?? 

Mak cik : anak mak cik duduk kat putrajaya kalau ikutkan ke sini tak jauh pon tapi tu pon susah, ermm untungkan sape dapat anak macam awak.( Mak cik tu  terus mengalirkan air mata) .Anak nak tahu tak, mak cik nie rasa kesunyian semenjak suami mak cik meninggal dunia ,mak cik duduk sorang-sorang kat rumah. Setiap hari mak cik rindu anak-anak mak cik, mak cik ada 5 orang anak tapi semuanya dah jauh dari makcik. 

Bila termenung sorang-sorang teringat zaman anak mak cik mase kecil dulu, rasanya mahu kembali ke zaman tu. Sekarang nie semuanya sibuk dengan kerja ..yer mak cik faham mereka sibuk tapi nak katakan 1 minggu pon jarang nak telefon tanya khabar mak cik. Masa raya baru muncul tu pon tak lame 1,2 hari dah balik... anak ke 5 mak cik belajar di UPSI tapi telefon mak cik itu pon kalau duit tak ada, kalau ada duit memang tak akan telefon. Hati seorang ibu nie walaupon anak-anak banyak kecewakan hati ini tapi masih dapat memaafkan mereka lagi. Tiap-tiap hari mak cik tengok gambar masa mereke kecil dulu. Hari lahir mak cik pon mereka tak ingat dan bila mak cik telefon semuanya sibuk dengan kerja ??? kami nie orang tua membebankan ke ???

orang selalu ingat masa raya sahaja ... lepas dari tu pernah cuba ambil tahu tentang kami ?? adakah saya bukan ibu yang baik ?? Mak cik tahu bila keadaan mak cik macam gini banyak menyusahkan semua orang. Mak cik selalu doakan mereka dan permintaan mak cik kalaulah mak cik pergi mak cik nak tengok anak-anak mak cik semua berjaya dan ucapkan terima kasih kerana membesarkan mereka itu pon sudah cukup..anak ..bas dah ada tu ..mak cik balik dulu terima kasih sebab sudi dengar masalah  mak cik.

masa tu air mata acik perasaan sebak dan sedih terasa di dada... acik baru mengerti sekarang betapa besarnya kasih sayang seorang ibu , ermm berat rasanyakan tanggungjawab...Pada seorang ibu, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Allah SWT meminjamkan rasa kasih sayangNya kepada seorang ibu, menjadikan seorang ibu bersifat sanggup berkorban untuk melahirkan seorang anak, bersabar melayani karenah anak dan sebagainya. Pada seorang ibu juga, terdapat satu anggota badan yang dinamakan rahim, yang menjadi kilang melahirkan anak dan tidak terdapat pada seorang lelaki, juga menjadi bukti kebesaran Allah SWT.

 acik pon terfikir, tak kan bila raya jer kita ingat mereka ?? asyik asyik salahkan mereka kerana kerja dan abaikan tanggungjawab tapi dalam masa yang sama kena ingat kamu pon ada tanggungjawab kepada ibu bapa.... so fikir-fikkirkanlah.Dan apa yang acik tahu doa seorang ibu ini sangat mustajat @ makbul.


Kenapa doa seorang ibu sangat mustajab?

Redha Allah tergantung kepada redha seorang ibu & murka Allah tergantung kepada murka seorang ibu. Kalau nak dimurahkan rezeki oleh Allah, nak dapat keberkatan dalam hidup, nak dapat kasih sayang daripada di langit dan di bumi, berbaktilah kepada ibu bapa.


Dosa menyakiti hati seorang ibu sangat besar dan pahala berbakti kepada ibu juga sangat besar. Sebagaimana kita nak anak-anak kita lakukan kepada kita, begitulah yang wajib kita lakukan terhadap ibu bapa kita. Apabila kelak kita menjadi seorang ibu, kita dapat merasai apa yang ibu kita rasai saat membesarkan kita dahulu. Maka bagi seorang ibu, beristighfarlah kepada Allah SWT dan berdoalah "Ya Allah perbaikilah urusan anak & keturunan kami" setiap kali menghadapi karenah anak-anak yang menguji kesabaran.Semoga jadi anak yang baik :) adios




Catat Ulasan

6 Ulasan

Busyra Takiyudin berkata…
sedih rasanya bila baca entry ni..
terkadang kita tak sedar kata2 kita juga dapat lukakan hati ibu, tanpa kita sedari .. jadi banyakkan lah muhasabah diri, smoga entry ni dapat mennyedarkan semua pembaca termasuk sy sendiri akan besarnya nilai seorang ibu... :)
faminiey berkata…
hope x jadi ank cm crite d atas...mga dberi ksmptn 4 blas sgla jasa ma n ayah<3
Seduh nya..rase nwk bawak mak cik tu duduk sama..ni yg wt teringat kat mak ni..urmmm
Syuhada Nasya berkata…
hmm sedih la :( hrap sy x lupa mama sy
Mira Amirudin berkata…
hurmmm kesian makcik tu. makcik tu adalah bayangan ibu bapa kita yang tua..jgn lah kita buat macam tu k.
Ardini Izzati berkata…
Moga kita tak buat macamtu jadi parents kita.