Ticker

6/recent/ticker-posts

Maaf Saya Seorang Lelaki Pemalu yang Mencari Cinta



 
Assalamualaikum

Hai semua hari nie baru sempat update blog setelah pening pale dengan banyak pekara ..baru rasa amik degree nie bukan pekara yang mudah... Haiyo memang serabut sangat, untuk legakan hati acik nak kongsikan sikit nie tetang kehidupan acik. Kalau orang yang jumpe acik nie memang  orang akan katakan acik seorang lelaki yang suka senyum dan periang..cewahhh tapi di sebalik itu tersembunyi sifat acik yang orang tak tahu. Dan bila cakap dengan orang mesti orang tak percaya tapi acik yang rasa nie dah cukup cover agar orang tak nampak...



Ermm percaya tak sebenarnya acik pemalu dan pendiam ??? hahaha mesti ramai yang geling kepala., tapi itulah kenyataannya. Acik yang cuba sembunyikan sebab acik pernah alami satu pekara yang memalukan tapi memberi pengajaran. Dulu memang acik seorang pendiam dan sangat pemalu, acik cuba perlahan-lahan untuk baikinya. Dan menjadikan acik lebih yakin dan percaya diri kerana seorang wanita nie, Dulu acik memang gugup nak bercakap dengan perempuan dan suatu hari nie acik nak tegur perempuan nie dan acik beranikan diri padahal acik just nak tanye jer kat mane bilik kaunseling. lepas tuu dia tetiba cakap ehh siapa ko ?? kau nak test aku la tu ? ko tak layak nak kawan gan aku ..mase tu rasa malu dan tergamam sangat sebab ramai orang mase tu ...

Dush dushh rasa cam kena tampar banyak-banyak kali , hahah tapi bermula dari situlah acik cuba beranikan diri di depan orang ramai dan bercakap dan menjadi pengacara di mana-mana program sehinggalah kini. Tapi honestly perasaan malu dan pendiam tu masih ada. Acik kalau orang tak kenal mesti cakap budak sombong,sebab acik tak akan bercakap dengan orang yang acik tak kenal sebab malu sangat ....

Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :
"Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat".


Bila acik berdepan dengan mana-mana perempuan dan lagi-lagi orang yang acik suka adehhh jantung nie rasa nak gugur dan kelu lidah nak ungkapkan kata-kata tapi acik buat selamba jelah. hehehe tapi nie acik ada tips cikit yang berguna kepada kamu, kamu yang pemalu meh acik bagi tips untuk berkenalan dengan si gadis .

Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali.

1. Anda kena berani memulakan.


  Sebagai lelaki kamu kena berani memulakan dulu. Lebih baik berani meluah dari membiar si gadis tak tahu selama ni kamu sukakan dia. Jika kamu lelaki sejati yang menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, kamu perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.

2. Gunakan cara non-verbal.


Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, kamu boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila kamu buat cara ni, pasti si gadis kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.


3. Malu biasanya cuma sementara.


Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila dah ada bungga-bungga cinta dan sudah berani memulakan dan kamu sudah mula selesa berbual  si gadis, mesti rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit.Perasaan malu sebab kamu kurang biasa dengan pergaulan kaum hawa pastinya akan gugup dan kurang yakin berdepan dengan mereka. Setelah terbiasa,kamu akan bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.


4. Cakap pasal topik umum.


Cari keserasian dengan mengajak pekara yang umum dengan si gadis . Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi.  Ahh mase nie dari aktiviti kebiasaan seperti  membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu.Aaah tukar please , jadikan diri seorang yang more fun, suka bercakap dan cuba menarik perhatian si gadis ..dan seterusnya masuk tentang cinta !!!!


5. Just Be Your Sellf


Biarlah apapon orang kata, sebab kamu ingin berubah untuk kebaikan dan mesti kata kamu hipokrit ,biarlah asalkan kamu dapat tawan pujaan hati kamu. Dan jadi diri sendiri jangan berubah semata -mata kerana dia sebab bila kerewa nanti merana hidup... dan paling penting confident dengan setiap apa yang kamu lakukan dan percayalah bahawa kita ada kelebihan yang kadang kala kita tak ketahui

Akhir kata ,Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman. Ok adios :)



Catat Ulasan

8 Ulasan

wanzafirah berkata…
Malu itu perlu kannn :)
Ira rasa lelaki pemalu tu chumel. Huhu
Akupenghibur.com berkata…
yeke ... wahh so sweet cm tu yer
Unknown berkata…
pemalu ke acik ni..
hehe.. baru tau..
bagusla kalau ada perasaan malu..
malu sebahagian dari iman ^^
Cerita Si Gadis berkata…
HOPE A GOOD GUY LIKE U WILL FIND THE BEST WOMEN FOR YOUR FUTURE ! AMIN , DENGAN IZIN-NYA :)
Akupenghibur.com berkata…
alhmdulilah terima kasih kerana membaca
Akupenghibur.com berkata…
mudah-mudahan amin :)
Unknown berkata…
kita sama lah..
sy pun pendiam n pemalu gak...
thanks for the tips..
LYSSA FAIZUREEN berkata…
lohhh , Lyssa bukan ambik kat entry acik lohh .adeyy . kat forum ..