Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang..
Hai semua lega rasanya dah sampai
di rumah yang tercinta di Kota tinggi, perjalanan yang melelahkan dan sungguh
penat. Tapi tak tahulah dugaan apa hari nie terjadi dan acik anggap itu sebagai
permulaan kehidupan kembali ke kota tinggi.Alhamdulillah, mata ini masih ingin
melihat, jari-jariku masih mahu menari untuk meluahkan rasa hati seorang insan
kerdil di muka Bumi Allah.
Subhanallah, Alhamdulillah.. Kalau menaip
dipagi hari, semestinya acik lebih selesa muhasabah diri kembali diri yang kian
leka dan alpa. Niat bagai melambung, tapi usaha dan tawakalnya entah kemana.
Istighfar!! Entah kenapa tadi sewaktu menjenguk sebentar ke FB ( facebook )..
acik ada terlihat sekeping gambar yang membuatkan acik terfikir .apakah tujuan
kehidupan ini? ".. Untuk disia-siakan atau untuk dipenuhkan dengan amal
kebajikan? Malam ini, ingin berkongsi mutiara kata yang diberi oleh
sahabat-sahabat di FB. Mungkin kita boleh kembali mengingatkan diri bahawa kita
dicipta didunia ini bukan untuk berhibur sahaja. Wallahua'lam..
Apabila ditanya kepada
Rasulullah SAW apakah itu dosa?
Dosa??Siapa yang mampu mengatakan
dirinya tak punya dosa?? Mungkin kita tak mampu mengatakan diri kita suci dari
dosa,, tapi kita mampu mengelak dari melakukan perkara yang menyebabkan diri
kita menanggung dosa. InsyaAllah.. Orang sering mengatakan " melakukan
kebaikan itu pahit / susah, kerna Syurga itu manis! " Makanya mari kita
bayangkan perkara yang bertentangan dengan Neraka.
" Melakukan dosa itu
mudah/ manis, sebab dosa yang banyak akan menjamin Neraka yang pedih! "..
Siapalah kita ingin mengatakan bahawa kita mampu bertahan walaupun sehari
didalam Neraka. Jikalau kini, berada dalam bilik yang panas sedikit sudah
merungut, inikan pula andai dicampak dalam Neraka yang panasnya hingga mampu
membuatkan kita rasa diri kita cair akibat kepanasannya. Istighfar!!
~andai perjuangan itu
mudah,pasti ramai yg menyertainya. Andai perjuangan m'janjikan kesenangan,pasti
rmai tertarik padanya.tp hakikat perjuangan bkn bgitu. Turun naiknya,sakit
pedihnya umpama kemanisan yg xterhingga. Andai rebah,bangkit semula. Andai
terluka, ingat janjiNya!!!
Seandainya seseorang daripada kita
sudah melalui jalan dakwah, bersedialah untuk menghadapi ribuan dugaan. Begitu
juga pabila kita sudah berjanji, cinta dalam diri hanya milik Ilahi.
Bersedialah kerna engkau akan diuji. Mungkin tika itu,, andai lemah, kita
sendiri akan mengubah semuanya. Mungkin menjadi lebih teruk lagi. Wallahua'lam.
Tapi andai kita kukuh dengan matlamat sebenar, pasti Allah akan melindungi
kita. InsyaAllah.
Takbir!Kehidupan ini bagi ibarat tasbih.. Butir-butir manik yang ada padanya ibarat ujian hidup. Terlampau banyak.. Tapi andai nama Pencipta itu sentiasa membasahi bibir dan beralun di hati ketika menempuh setiap ujian, pasti ketenangan akan dimiliki dan akhirnya kejayaan akan menjadi milik kita. InsyaAllah
Lemah bukan menyerah... Ujian
itu Rahsia ALLAH s.w.t... Saat rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI,
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya... Kekecewaan itu
perlu untuk kita berfikir, Batu sungai itu berguna mencantikkan pemandangan...
Letakkan cinta Allah di dalam hati. Dan cinta manusia di genggaman tapak tanganmu. Kerana manusia hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan manusia lain dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta manusia di genggaman.
Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita
redha dengan ketentuannya.
Akhirnya, mungkin kita lelah, tapi
yakinlah Allah sentiasa melihat apa yang sedang kita kerjakan. Yakin denganNya.
InsyaAllah kau akan miliki kebahagiaan dunia dan akhirat,,.,Ketahuilah Allah
itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.
4 Ulasan