Assalamualaikum
Hari nie sungguh penat ,setelah selasai erobik untuk sukol uitm dan 1 hari menghadap assigment 30 page nie, memang tak siap dan penat sangat.Haiyo baru beberapa page saje siap arghhh rasa nak menjerit dan meronta-ronta . Hehehe kena hadapi juga apa juga keadaan . Dan acik terus ajak housemate acik di macdonald di Seksyen 3 sebab teringin makan kat sane. So pergilah dan acik lihat ramai students kat situ yelah masing-masing siap baca buku dan buat assigment dan acik tahulah sebab acik pon student.
So acik terus ke kuanter dan membeli makanan dan acik nie suka memerhatikan orang yang berada di sekeliling acik . Bukan nak cari salah tapi just nak tengok-tengok jer . apa yang acik nampak nie acik tak kongsikan pada housemate acik tapi just biarlah cerita kat blog nie jer. Mula-mula tu agak seronok sebab lihat sekeliling nie ramai yang menutup aurat ,bertudung dan menjaga penampilan . dan tetiba mata nie tertumpu pada sepasang jantina nie duduk di meja tepi agak tersorok dekat dengan cermin. So acik perhatikan jer dan lame-lame acik lihat lelaki tu letakkan tangan atas bahu perempuan tu, ermm rasa pelik juga maybe acik fikir mereka suami isteri tapi bila tengok balik ada plak buku-buku di atas meja dan ada 3 orang lagi kawan lelaki dye..
Rasanya tak mungkin, dan lame-lame lelaki tu meraba-raba badan perempuan bertudung tu dan siap pegang-pegang peha... acik rasa terkejut beb dan yang acik fikir kalau suami isteri tak akan buat seperti tu. Lepas tu perempuan tu diam jer dan dia siap pegang tangan lelaki sambil usap2... apa semua nie ???? dan apa lagi acik buat apa yang mampu just langgar kat meja dia dan mereka terkejut jer ... maybe mereka tak perasan acik memerhatikan mereka.
Lepas tu acik kembali ke meja acik duduk, dan tiba-tiba housemate acik kata.. ishhh susahkan zaman sekarang , perempuan bertudung tapi tengoklah kepala melentok kat badan laki tu.. apa nak jadilah zaman sekarang nie. Yang elok dah pakai tudung tu bagus lah tapi peragai pulak ... ermmm ...
Tulah sekarang nie susahkan nak kata, alhamdulilah ramai pakai tudung tapi masih tak menjaga pergaulan dan adab. Bukan acik cakap seperti ini,bermakna acik dah cukup sempurna dan baik..tak pon acik nie pon insan biase just kita kena jaga pergaulan kita. Mesti akan ada katakan ..asyik nak salahkan perempuan jer padahal lelaki yang mulakan dulu dan yang mengoda... tapi kena ingat kalau perempuan tu tak nak tak jadikan ...So salah ke dua-dua..Bukan semua perempuan seperti nie..ramai yang menjaga adab tapi orang kata kerana nila setitik rosak susu sebelangga .
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk
dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam
Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat
ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak
halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari
Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh
tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat
Bukhari)
ok sampai sini dulu renungkan .. ..assalamualaikum adios...
18 Ulasan
tp acik , tak semua tau . jgn trauma lak ngn pmpm bertudung :)
minta2 dijauhkan.....memalukan betul la camtu.
:D
Jom dakwah kepada mereka..
jom terjah:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/05/fenomena-ustaz-azhar-idrus-kepada-anak.html