Ticker

6/recent/ticker-posts

Wajib Bace: “Kenapa awak perlu pakai tudung labuh ? Tak panas ke?”






Assalamualaikum

Hai semua rasa sunyi plak selepas tak update blog nie ..sorry buzy sikit dengan teater now dah abiz dah semua aktiviti teater dan acik ada masa untuk ini semua yes!!! Di page acik ,acik ada utarakan tentang menutup aurat bagi kaum perempuan. Ada yang melenting siap maki-maki acik ..siap cakap apa guna pakai tudung labuhlah kan panas ...Aaah mehh acik berikan jawapan kepada persoalan tu :) dan untuk mendapat kepastian acik minta pendapat kepada seorang muslimah semasa pergi ke pusat islam di uitm

Minta maaf yer,saya mengangu nie saya nak hanya ingin meminta sedikit waktu kamu dan ingin minta pendapat kamu, kerana soalan ini menjadi isu sedangkan saya seorang lelaki untuk menjawabnya.. so saya mahukan dari pandangan kamu. Dan selepas itu muslimah itu pun bersetuju dan hanya ingin di kenali sebagai syuhadah..
 
Minta maaf saya bertanya nie “Kenapa awk perlu pakai tudung labuh ? Tak panas ke?” 


Jawab Syuhadah :. Sebenarnya, dulu soalan-soalan begini juga sering diajukan kepada saya oleh kaum kami sendiri dan lelaki juga bertanya tentang bertudung labuh.. Dan berkali menjawab bahawa "bila kita pakai tudung labuh, itu lebih selamat dan dapat melindungi kita dari pandangan lelaki dan ia juga dapat menutup aurat kita dgn lebih sempurna, dan Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya ada menyatakan bahawa :

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakan kpd isteri-isteri, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, `hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka.. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu."

ALHAMDULILLAH, sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar setiap doa hamba-hambanya... Dulunya saya tak seperti ini, dah saya bertudung seperti wanita lain tapi bila saya melihat diri ini rasa satu kekosongan kerana pakai tudung kerana terpakse.Atas sokongan dari keluarga terutamanya mak ayah dan kawan-kawan membuatkan hati ini semakin berusaha untuk sentiasa bertudung labuh. ‘Tak kenal maka tak cinta’, itulah ungkapan yg sesuai bagi saya.. Sekarang saya sudah jatuh cinta dgn tudung labuh dan berharap semakin bertambahlah cinta saya kepada tudung labuh. InsyaALLAH~



Dan ramai juga yang menyindir syuhadah dengan berkata , “pakai je tudung labuh, perangai bukannya baik sgt pun”, kata-kata ini sering di lontarkan kepada wanita-wanita yang bertudung labuh.. Sedarkah semua bahwa setiap manusia biasa tak terlepas dari melakukan dosa.. Kami sedang berusaha untuk memperbaiki diri kami, doakan semoga kita semua dapat menjadikan srikandi Islam terdahulu.

Syuhadah rasa bila rasa bertudung labuh nie rasa selamat sebab sebelum nie ada seorang kawan syuhadah tempat adah kerja semasa cuti sem..mase tu dah beberapa hari tak berjumpa biasanya ada sahaja.risaukan keadaanya, Apabila dia muncul kembali, adah segera bertanya , dia menunjukan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan, Hampir – hampir keguguran . Kedua – dua lututnya terluka, pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Dia memegang hujung tudung adah sambil menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu mereka tak Nampak beg tangan akak.” Kata – kata itu benar  – benar membuatkan adah berfikiran jauh. Barulah adah bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru adah sedar, Antara faktor – faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.

Semoga dgn bertudung labuh, ia boleh menjadi satu galakan untuk diri ini sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa kerana kita sering menjadi perhatian masyarakat sekeliling.. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari kami kerana kami juga manusia biasa yg sedang memperbaiki diri untuk menjadi yg lebih baik walaupun tidak sempurna.. Tudung labuh adalah satu usaha mulia dlm mematuhi firman ALLAH yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yg baligh menutup aurat mereka.. Melindungi mahkota yg indah dari pandangan bukan muhrim..



“Jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku, aku juga seperti mu, masih mencari-cari segenap cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan.. kerana tudung ku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi, jua mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri...

Apa yang adah kongsikan bukanlah ingin membuktikan bahawa adah seorang yang baik ..tak lah hanya ingin berkongsi cerita dan pedomon kepada semua.

 Dan acik bergitu menghormati wanita seperti ini :). Dan sampai sini dulu nanti kita story lagi ..bye bye ..adios :)


Catat Ulasan

12 Ulasan

Aima M berkata…
entry berguna :)
Unknown berkata…
ain stju 78366846 % . skrang yang pkai tdung pon bole tnye soaln yg same dekat orang yang pkai tdung labuh ne . pelik pelik jaa mnusie akhr zaman nie . !
Faiz Shafie berkata…
Betul kata Kak Syuhadah tu. Saya lalui semua tu.

Penah buat status kat fb "susah mengislamkan orang Islam berbanding orang bukan Islam" sebab kecawa dgn kawan-kawan yang selalu nak bantah bila kita cuba ajukan pujukan untuk menutup aurat.

Biar la panas didunia, neraka lagi panas. Tapi tak panas pun sebenarnya.. Lagi sejuk ada lah. Tak caya, try it (hawa jela) =)
hazdnul berkata…
entry bermanfaat.. tq 4 share... tak selesa pkai tudung pendek..hihi...:) semoga wanita2 islam sedar tentang aurat ni :D
rAIHan berkata…
thanx for sharing.
Mencari Nur Ilahi berkata…
nice entry. saya suka :)
ecadwinkyasha berkata…
nice dan memberi pengajaran acik.
insyaallah,semua beroleh manfaat.
eca walau tak bertudung labuh,sekurang-kurangnya menutup apa yg lelaki tak patut nmpk.amin.
sHiMi sHinHae~ berkata…
yup ,setuju ,,btudung labuh pom masih mcari kekuatan diri ..jgn perlekehkan mereka ~
hana szied berkata…
jangan pernah sindirkan kaum ini ,
kerana mereka ghuraba ( asing) di zaman ini..

sesungguhnya bermulanya islam dalam keadaan asing , dan pengakhirannya juga asing. maka beruntunglah orang2 yang asing ..

hadis ghuraba' ;)
Akupenghibur.com berkata…
ahlamdulilah jika semua memahami entry nie
Unknown berkata…
bayangkan acik..sy juga pernah dihina dan tak dapat masuk satu cafe di kuala lumpur..hanya kerana sy bertudung labuh..sy juga tak dapat masuk pusat karoeke hanya kerana tudung labuh..sy hairan..adakah orang bertudung labuh hanya perlu duduk di masjid dan menghafal al quran dan berhak jadi ustazah je?? sy juga manusia biasa..umur sy baru 17 tahun..dan sy juga ada life...nak mencuba apa yang remaja2 lain buat..hanya kerana sy bertudung labuh perlu ke sy di kecualikan?? sedih bila fikirkan pemikiran sempit mereka..btw..thanks again acik..sy harap entry acik ni dapat buka mata2 mereka..=)
Akupenghibur.com berkata…
insyaALLAH semoga mereka sedar dan jngan cepat menghukum orng lain... mereka yg berfikiran sempit sahaja akan lihat pelik perempuan tudung labuh