Hai semua, kembali dengan bulan yang baru dan semagat terbaru sambil menghitung hari untuk pulang ke uitm untuk melanjutkan pengajian yang tinggal sebulan dan selepas itu akan final exam.Anggaplah semua nie sebagai cabaran untuk diri sendiri..ramai yang bertanya tak bosan ke acik bersendirian atau single ???
Kalau ikutkan nafsu: mesti
akan katakan sumpah aku bosan sebab tak macam orang lain , tak ada orang
sayang kita,tak ada orang ambil berat pasal kita, tak ada orang call
selalu, tak ada orang sms selalu dan macam-macam lagi.
Tapi ikutkan kata Hati: Aku tak pernah rasa sunyi kerana aku ada kawan-kawan ,family dan ALLAH yang selalu sayang pada aku..
Honestly acik tak pernah
rasa bosan bila single kerana acik percaya pada takdir dan jodoh ALLAH. Dan
acik teringat kata- kata di tanyakan oleh ustaz acik..Dia tanya.. acik ustaz
tengok acik kat Uitm acik ramai kawan dengan perempuan ... tak pernah nak jatuh
cinta kew ??
Kat uitm nie ustaz ramai
perempuan dan semuanya dah ada pasangan masing-masing .Siapalah saya nie ustaz
tapi pada saya biarlah kita dalami dulu tentang ilmu ALLAH yang sangat
luas.Lagipun mahu tinggalkan pekara yang lagha yang dapat mengotorkan hati.Ilmu
tak dapat menembusi hati-hati yang kotor.
Insya-Allah, saya akan cuba untuk jaga diri saya. Saya nak memelihara agar jodoh saya juga terpelihara.”Saya tahu ustaz saya bukanlah baik sangat tapi saya cuba buat yang semampunya.
Insya-Allah, saya akan cuba untuk jaga diri saya. Saya nak memelihara agar jodoh saya juga terpelihara.”Saya tahu ustaz saya bukanlah baik sangat tapi saya cuba buat yang semampunya.
Ustaz : Alhamdulilah, tak baik cakap macam tu. ALLAH sukakan hambanya yang kearah kebaikan . Betul, ilmu itu nur Allah yang suci lagi bersih dan hanya akan memasuki hati-hati yang bersih sahaja. Jagalah diri Acik baik-baik ya.
Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata cinta kaum Hawa. Jangan disebabkan mereka, kita jadi mangsa ke Neraka. Jangan sesekali juga kita menjadi penyebab kepada mereka terhumban ke Neraka.”
Acik : Ustaz dengar
perkataan itu sangat menakutkan rasanya ermm..Moga kita tergolong dari orang
yang beriman.
Ustaz: Ustaz nak tanya sikit ni. acik ni tak ada peminat ke? Yelah budak masscom mesti ramai orang kenal. Mesti ramai yang suka ni kan?”
ahhh ustaz saje nie nak uji
saya yer...hahaha ustaz sejujurnya, memang ada. Tapi, saya cuba untuk tidak
layan mereka. Saya akui, memang kadang-kadang, iman saya agak
tergugat. Lelaki kelemahannya adalah perempuan. Saya cuba kuatkan
iman saya dengan muhasabah diri balik.
Saya tahu, bila sekali saya layan, maksudnya, saya balas surat-surat dan mesej-mesej mereka, memang saya takkan berhenti untuk terus berhubung. Memang susah nak berhenti kalau kita dah mulakan. Betul tak ustaz?”
Saya tahu, bila sekali saya layan, maksudnya, saya balas surat-surat dan mesej-mesej mereka, memang saya takkan berhenti untuk terus berhubung. Memang susah nak berhenti kalau kita dah mulakan. Betul tak ustaz?”
Ustaz: “Betul, ustaz setuju. Sekali kita melangkah ke alam percintaan, sepuluh kali kita mundur dalam pelajaran dan beribu kali Dia kita abaikan. Ingat kata-kata ustaz ni tau. Kita kena tegas dengan pendirian kita.Jangan memberi harapan pada mereka-mereka yang mengharapkan kita. Jangan sesekali kongkong diri kita.Percayalah Cinta Selepas kawin lagi best dan romantik.. Percayalah
Selepas acik berbual dengan
ustaz di Pusat islam uitm rasa lega sangat... barulah acik rasa bahawa walaupon sampai sekarang acik single ,tapi acik bersyukur mungkin ada hikmahnya
5 Ulasan