Assalamualikum..
Hari nie perasaan bercampur baur , so untuk mencari ketenangan jiwa acik cuba tenangkan diri dengan kisah tauladan.Dan ada seorang lelaki nie tanya golongan manusia mane di jamin masuk syurga dan acik senaraikan ,serta sedikit cerita agung yang membawa ke syurga.
Diriwayatkan
dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan
manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi
Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:
a. Pemimpin yang adil.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.
Bersumber
dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita:
“Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan
rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia
termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda
itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia
bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama
kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh
kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan
hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda
lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi
ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera
bapa saudaranya.
Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka
berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si
gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk
menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku
tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa
besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku
tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan
datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan
kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke
rumahku.”
Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak
itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya,
“Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih!
Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar
bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut
akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun
menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu.
Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah
menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah
SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak
mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan
kebanyakan orang adalah munafik.”
Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas
segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh
segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun
memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun
beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh
beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan
kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang
hidupnya hingga akhir hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda
sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika
dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam
keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya,
“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah
denganku?”
Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan
demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu.
Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku
juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah
berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya
itu.
Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan
kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa
mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan
mempertemukannya kembali di syurga.
5 Ulasan