Assalamualaikum
Dalam
sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua
sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia
berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil
wuduk sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”
Maka
berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah
membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat
yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang
bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu
sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut
akan dimasukkan kedalam neraka.”
Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Berkata
anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang
yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang
menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan
ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka
meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil
ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang
dewasa.”
Berkata
orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak
kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa
maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.
1 Ulasan