Assalamualaikum
Hai semua Alhamdulilah hari nie masih lagi berkesempatan menaip di blog acik nie ,yelah dalam beberapa hari nie agak buzy dengan assigment yang makin banyak memandangkan final exam pon dah nak dekat. Semalam acik dapat panggilan dari seorang junior acik di Politeknik, tak payahlah nak mention name dia. Dulu masa kat poli acik agak rapat dengan dia. Mula-mula tu dye telefon acik dengan suara yang tak gembira sahaja.
Tapi pelikkan manusia nie bila masa sebelum dia bercinta dia selalu minta pendapat dengan acik, tapi dah bercinta pandang kita pun tak nak, malah buat-buat tak kenal ...tapi bila dah tak ada sesiapa kita jugalah yang di cari.Bukan acik nak berungkit tapi itulah lumrah manusia sekarang :)
Ok lah berbalik kepada cerita nie, masa dia call acik dan tetiba dia bukak cerita tentang masalah dia. Dan sedang dia bercerita acik dengar macam dia menagis dan dia off kan handphone. dan acik call balik dan dia ceritakan semua.
Rupanya yang acik tahu dia dah lama putus cinta dengan pakwe dia tapi dia tak dapat terima hakikat dan dia sungguh kecewa. Sebab dia kata pakwe dia dah berjanji sehidup semati dengan dia .Dan tiada rahsia lagi antara mereka . Tapi mengapa masih mereka putus cinta ???
Dan acik dapat tahu yang dia fail 4 subjek dan sekarang dalam proses untuk behenti belajar ...Apa semua nie ?? kesian mak ayah yang susah payah keluarkan duit untuk tengok kita berjaya sedangkan kita kerana cinta kita hancurkan kepercayaan mereka.
Kata siti(Bukan nama sebenar ) : Tolong acik,Saya tak boleh hidup tanpa dia, dah 3 tahun kami couple sejak sekolah lagi , dia janji akan selalu ada untuk saya dan kenapa sekarang baru cakap yang dia ada yang lain.
Sumpah acik katakan, acik paling menyampah orang yang kata ayat macam di atas nie ?? macam orang tak ada pegangan agama.Sedangkan sebelum jumpa lelaki tu dia boleh bahagia dengan keluarga dan kawan-kawan. Dan tengok kamu sekarang boleh bernafas dan bermakna tanpa dia pun kamu boleh hidup.Bukan apa acik pon pernah kecewa cinta tapi kita kena fikirkan masa depan kita.
dah ramai acik lihat pasangan yang putus cinta. so dari pemerhatian acik ada beberapa kesalahan-kesalahan yang selalu di lakukan.
1) terlalu percayakan pasangan
Yelah orang bercinta,semua indah dan semua percaya kata pasangan kamu, percaya tu tak salah tapi letakkan 10 % tak percaya sebagai langkah berjaga-jaga. Yelah masa bercinta inilah serahkan segalanya kerana percaya pasangan tak kira lelaki dan perempuan.So fikirkan manusia boleh berubah sekelip mata
2) Selalu telefon dan mesej 24 Jam
Bila dah 24 jam mesej dan telefon mesti kamu akan cepat boring,mungkin setahun boleh tahan ..macam mane kalau 2-3 tahun ?? mesti face up ,,kalau boleh tu kurangkan , buatkan jarak sedikit agar kita ada masa untuk bersama kawan-kawan dan keluarga.Mesti kekal lama.
3) Letakkan cinta kerana nafsu
Kalau cinta kerana nafsu keinginan untuk memiliki seseorang itu yang di utama adalah mengikut syaitan. Kerana cinta itu sebenarnya bersih dan kita yang kotorkan .Kalau kita berlandaskan agama maka cinta kita akan terus terpelihara.cintalah kerana ALLAH
4)Bagitahu semua rahsia kehidupanmu
Janganlah terlalu open sangat pada pasangan sampai benda yang tak patut cerita pon kita ceritakan. Simpanlah rahsia kehidupan pun walaupoin sedikit,kerana ada rahasia dan pasangan kamu mesti nak tahu lebih lanjut tentang diri kamu, kalau semua di ceritakan mesti cepat boring lagi-lagi lelaki,
5)Cinta kerana rupa dan harta
Mungkin kalau katakan cinta kerana rupa dan harta mesti katakan tak lah saya tak memilih tapi tengoklah zaman sekarang kalau lelaki tak ada kereta , perempuan sekarang nak ?? memilih juga kan ?? kalau niat kita dah salah maka ALLAH tak akan berkati so ubah niat kita .
Mungkin apa yang acik katakan ini adalah sebahgiaan banyak lagi,renungi diri kita ,letakkan cinta kerana ALLAH dan jaga adab batas pergaulan .InsyaALLAH kita akan sentiasa di redhai ALLAH ...so senyum selalu jadi diri ,jaga maruah dan jaga adab kita :) Adios bye bye :)
19 Ulasan
terutama pasal kepercayaan.
dan nafsu.
Bila cinta sekali dah ternoda dengan nafsu , memang akan hilang terus cinta tu rosak .
Tapi itulah kesilapan ramai , tak dapat bezakan antara cinta dn nafsu.
Semoga kita semua dipelihara olehNya :)
nasib baik fara cpt sdr waktu putus cinta dlu ouu
aduii memng permainan dunia btol semua nie
hampir give up
tp cpt sdr :D