Assalamualaikum..
Hai semua, alhamdulilah sampai juga di Kampung Halaman di Kota Tinggi . Perjalanan yang sangat meletihkan tetapi sangat seronok. Dan tinggal beberapa hari jer lagi umat islam akan menyambut Bulan Ramadhan yang di tunggu-tunggu. Bulan yang penuh keberkataan dan hikmah ^_^.
Tadi semasa acik memunggu bas, acik berbual dengan sepasang pasangan muda. Yang lelaki berusia 21 tahun dan yang wanita berusia 19 tahun dan ada anak lelaki yang comel. Pada mulanya, kesian mereka kerana duit tambang tak cukup untuk balik ke kampung. Kebetulan mereka juga hendak pulang ke Ulu tiram,makna satu arah dengan acik. Sementara menunggu bas acik bertanyakan kepada mereka.
Acik : Best tak kawin muda ?? tengok kamu macam happy jer?
Si suami : Ermm boleh lah kawin ini rupanya bukan senangkan. mula-mula jer best
Si isteri : Best sebab dapat bersama dengan orang yang kita sayang dan memang happy.
Acik : ooo yeke .. wah apa yang menyebabkan kamu nak kawin awal eh ?? saje jer nak tahu tengok macam seronok.
Si Suami: Entahlah tapi ikutkan kata hati dan nafsu memang macam ginilah...tak fikir panjang , sebabkan terlalu cinta sampai sanggup amik keputusan nie.
Si isteri : Jujur mia cakap semuanya berdasarkan cinta, parents saya tak boleh terima Adlan(suami) saya kerana kerja kedai makan jer..Masa kami kawin usia saya 18 tahun, saya sangat cinta dia dan sanggup buat apa saje untuk dia. Saya lari dari rumah dan ikut adlan ... nak hidup semati dan sama-sama hadapi segalanya.
Acik : wahhh cinta tu hebatkan sampai buat macam-macam, tapi maaf tanya , tak takut kew dosa pada ALLAH dan terutama kepada ibu bapa yang besarkan kamu ??
Si suami: ermm saya tahu apa yang saye lakukan nie akan melukakan parent saye terutama ibu saya. Dia semangat suruh saya study tapi dalam senyap saya behenti sebab tak boleh bawak , lepas tu tipu mereka, tapi nak buat macam mane benda dah lepas.
Si isteri : Masa tu semuanya tak fikir ,yang fikir hanya nak ikut kata hati mengejar cinta yang di dambakan. Cinta tu membuak-buak . Tapi bila fikir balik memang rasa menyesal sangat.
Acik : tak apalah jangan nak menyesal benda yang dah lepas , mungkin ada hikmah yang kita tak tahu, macam mane penerimaan keluarga bila dah kawin nie ??
Si suami : ermm mama still boleh terima saya, walaupon saye tahu mama kecewa sangat dengan saya sebab saya satu-satunya anak lelaki dia. saya pernah lihat mama menagis sebab saya masa malam kami di tangkap tu. Di rumah sewa kami semasa sebelum kawin. Mama kata walaupon dia kecewa dia biarkan saya kawin dan dia suruh saya hadapi pilihan saya.
Si isteri : (menagis) ....bila sekarang nie baru tahu macam mane ... sebab lepas kejadian tu , ayah langsung tak mahu lihat saya , dan ibu pon kecewa dengan saya ..tapi ibu masih lagi tolong saya.
Acik : so mesti happylah kamu dah dapat apa yang kamu mahukan.
Si suami: ermm pada mulanya memang seronok sebab saya dapat hidup semati dengan dia, tapi bila lepas 3 bulan kawin baru saya sedar. Cinta nie bukan setakat i love u,u love me but lebih pada tanggungjawab. yelah bila dah kawin kena menyewa bilik, duit makan dan keperluan lain. Bila dah ada anak nie, kena beli susu, lampin dan macam-macam lagi..ussshhh... ermm kadang menyesal juga saya tak belajar betul-betul sekurangnya saya ada juga kelulusan untuk dapatkan kerja yang baik..sekarang nie pon setakat mampu kerja kedai makan.
Si isteri: betul macam abang cakap, cinta nie lebih pada tanggungjawab , bila anak menagis malam, bila anak sakit, nak pergi kerja lagi , nak sediakan makanan untuk suami. 3 bulan pertama kami tiap-tiap hari bergaduh, ada saje yang tak kena. Yelah semuanya tak cukup, tapi ini pilihan kami kena lalui juga apa pon. tak tahu macam mane akan datang nie . Sara hidup sekarang tinggi, saye pon hanya kerja pasar raya jer... Jujur saya cakap , apalah sangat cinta tu , kalaulah saya tahu cinta tu bukan setakat nak pegang-pegang dan berjanji hidup dan mati bersama, tapi lebih pada tanggungjawba .Patutlah saya selalu dulu tengok ibu menagis sorang-sorang bila kami nak sekolah dan minta macam-macam dan marahkan dia sebab tak tunaikan apa yang kami mahukan. Mereka kalau boleh mahu sediakan tapi tak mampu. Barulah saya tahu, sekrang nie umur masih muda dah ada anak. Saya teruskan perkahwinan ini kerana anak kami nie.
Acik : tak apalah ,jangan mengeluh ,semua nie adalah takdir kamu dan jalan hidup yang kamu pilih.tapi jadilah ibu bapa yang baik untuk anak kamu yang comel nie ..
Si suami : entahlah , kalau ikut kata hati memang nak tinggalkan semua nie, sebab saya masih muda lagi .. tapi saya fikirkan masa depan anak nie , tak kan nak jadi macam saya.
Si isteri : saya sangat menyesal ,dan saya akui memang benar apa kata mak saya, kawin nie bukan mudah tak macam apa yang kita tengok kat Tv.
Pengajaran yang kita dapatkan, cari ilmu dan cari lah pengetahuan yang sedalamnya tentang kehidupan dan dalamilah agamamu.Jangan terlalu ikut nafsu, ikut kata hati mati tapi ikutkan iman sebagai petunjuk. Jangan kerana cinta sanggup kita menipu dan melakukan maksiat.Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.Tapi acik hormat pada mereka berdua kerana mereka masih lagi mengekalkan perkahwinan dan insaf atas kesalahan yang mereka lakukan. Paling penting mereka terus membaiki diri. Doakan mereka hidup dalam keadaan aman dan sentiasa mendapat keberkatan ALLAH.
10 Ulasan
Bukan salah nikah awal. Tapi, restu mak ayah tu perlu letak di tangga yang atas sebab redha Allah pada redha mereka. Semoga mereka dimaafkan dan dapat jalani hidup lebih baik. Menyesal dah pun tak guna. kena usaha kuatlah.
kahwin awal tak salah.
cuma perlu jadi matang.
kena ada perancangan yang rapi,insyaAllah mak ayah akan terima :)
takkan nak bg nafkah batin je, zahir nya??
yg penting tau laksanakan tanggungjawab, kalau setakat alasan elakkan maksiat tapi xada tanggungjawab tu kurang tepat.. xkan nak aniaya pasangan n anak yg bakal lahir kan?
sy sendiri kahwin muda masa umur 18 tahun, alhamdulillah masih bahgia..
yg paling penting ingat tujuan asal kenapa kahwin muda, ingat tanggungjawab n ingat ibu bapa.. restu ibu bapa pun penting.. ;)