Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa Pelembut Hati Dan Meredakan Panas Baran


 Assalamualaikum



Hai semua hari nie acik mahu kongsikan doa bagi melembutkan hati mereka yang keras nie dan dapat meredakan panas baran.  Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
 
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah

الفاتحة
Baca Ayat di Bawah:

لَوْ اَنْزَلْنَا هَـذَا اَلْقُرْآنَ.............الخ

Baca ayat 1-5 Surah Taha

(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)




Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


A001
Taa' Haa.
 
A002
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
 
A003
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
 
A004
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
 
A005
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. 


Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

  اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"


Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 


* di ruangan ……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri



Catat Ulasan

8 Ulasan

Tenks perkongsian ini... :-)
Lady ★ Hanna berkata…
ohh.. thanks ats info hebad nie ;)
Unknown berkata…
thanx sbb berkongsi ilmu..
Aku pengembara berkata…
Thankz.. Info yg bermanfaat...
Malaysian Boy berkata…
comel baby tu.hehe. tq 4 ur info,visit me back if you want.
Tanpa Nama berkata…
akak nak share kat fb akak ye acik..
Tanpa Nama berkata…
Akak selalu baca ya Latif je...ada doa lain...tq acik....
Unknown berkata…
saya nak bgi orang, tpi kalau bagi air sahaje boleh ke?