Assalamuailaikum..
Hai semua , terima kasih sangat kerana sudi terus berkunjung ke blog acik yang tak seberapa dan masih terlalu banyak kelemahan yang perlu di perbaiki dari semasa ke semasa. Ramai jugak yang kritik di blog acik ,is okeylah acik faham bukan semua benda yang kita taip nie orang suka. Tapi jujur ikhlas dari hati acik hanya berikan pengajaran dan pedoman hidup apa yang acik dapatkan dalam hidup ini.Tak pernah terlintas untuk dapatkan perhatian dan view yang tinggi.
Andai angin yang di bawa itu mampu menyegarkan dan memberi seribu erti hanya mampu ku tersenyum ,jika angin yang di bawa tu membawa duka biarlah ia berlalu pergi. Sepanjang acik kembali active dalam blog nie acik dah tanamkan azam untuk sebarkan kasih sayang,cinta dan pengajaran kepada kamu semua.Ada yang bertanyakan pada acik kenapa asyik bicara tentang cinta dan agama? . Adakah dah MR Perfect sampai berbuat demikian. Dan ada sampai buat entry di blog mereka untuk menghentam acik. Terima kasih sangat ^_^.
Kenapa cinta ??
Semua orang pernah jatuh cinta dan merasai cinta dari lahir lagi, cinta ALLAH kepada penciptanya ,cinta seorang ibu kepada anaknya dan cinta orang yang selalu ada untuk kita. Acik bukanlah seorang yang perfect tentang cinta ,acik juga pernah kecewa dengan cinta tapi anggaplah itu sebagai pengajaran .Dan segala yang acik kongsilah adalah cebisan hidup yang acik jalani selami nie .Selain itu, dari pemerhatian dan pengalaman sekeliling. Tak salahkan kalau mahu kongsikan ilmu dan biarlah orang tidak mengulangi kesalahan yang pernah acik lakukan dan mereka yang pernah kecewa cinta. Soal Mr perfect itu tak perlu timbulkan sedangkan kamu juga pernah meluahkan segala tentang cinta di laman sosial tu adakah kamu Perfect tentang cinta ??? Tapi selami acik cuba nak buktikan bahawa cinta manusia tu boleh berubah ,boleh melukakan ,membahgiakan dan memberi seribu satu perasaan.Dan akhir baru kita sedar cinta yang sempurna hanya padaNya.Dan melalui orang yang kita sayang ,kita akan lebih mengenal apa itu cinta.
Kenapa soal agama ??
Kerana acik seorang islam dan bertanggungjawab menyebarkan ilmu yang ada. Yup memang acik bukanlah yang berpakaian serban/ songkok, sentiasa bawa tasbih dan memakai jubah. Tapi acik cuba gunakan dengan cara acik yang tersendiri. Jika sesuatu yang acik mahu sebarkan mesti acik mendapatkan kepastian melalui laman web jakim dan laman islam yang lain. Bukan hanya sekadar sebrono saje. Acik tak mahu jadi manusia yang hipokrit yang berubah secara tiba-tiba hanya untuk tunjukkan bahawa kita nie dah cukup beriman .ALLAH berikan kita akal dan fikiran utuk berfikir mane baik dan buruk.
Yelah siap ada yang perli acik,katakan..eleh nak tunjukan baiklah tu,saje jer konon beriman, berlagak alim. dan macam-macam lagi.
Ilmu acik masih nipis dalam soal agama dan setiap hari acik akan cuba
tambahkannya untuk memperbaiki diri dan kesilapan. Acik bukan seorang
alim yang beramal seperti malaikat namun acik hanya insan yang biasa yang cuba tingkatkan diri dalam senyap.Cuma nasihat dan tunjuk ajar sikit2 acik boleh kongsikan .Jika ada keraguan acik mesti bertanyakan pada orang yang pakar.
Kita semua ada sedikit ilmu terutamanya
ilmu yang boleh meningkatkan iman dan amal.Dalam hal ini
Rasulullah s.a.w. menasihatkan/menyarankan ilmu-ilmu yang bermanafaat
kita sampai-sampaikan dan sebarkan. Boleh kita sampaikan kepada ahli
keluarga,sahabat handai,teman sekerja atau teman alam siber.
Ibn Mas'ud berkata:Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "ALLAH akan memberi cahaya yang berkilauan pada seorang yang telah mendengar ajaranku lalu disampaikannya kepada orang lain sebagaimana pendengarannya.Adakala orang yang disampaikan kepadanya lebih mengerti daripada pendengar itu sendiri."
Ibn Mas'ud berkata:Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "ALLAH akan memberi cahaya yang berkilauan pada seorang yang telah mendengar ajaranku lalu disampaikannya kepada orang lain sebagaimana pendengarannya.Adakala orang yang disampaikan kepadanya lebih mengerti daripada pendengar itu sendiri."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Nabi
S.A.W juga telah bersabda bermaksud "Barang siapa yang ditanya tentang
sesuatu ilmu, lalu orang yang ditanya itu menyembunyikan ilmunya(tidak
mahu memberitahunya) maka dia akan dikekang mulutnya dengan kekang api
neraka." (Riwayat Al-Hakim)
Maka acik cuba untuk perbaiki diri. acik minta maaf seandainya entry-entry acik yang lepas ,ada yang buat terasa ,tak disenangi dansegala perasan yang kamu rasalah. Kerana acik manusia biasa tak sedar jika melakukan kesalahan.tegurlah. Syukran.Ya Allah, jadikanlah kami ahli syurga, jauhkan kami dari mara bahaya,
selamatkanlah kami di dunia dan akhirat, kabulkanlah segala doa dan
harapan kami.
Amin..
Amin..
5 Ulasan
btw,kasi lempang sebiji ats muke org yg mengate tu..hihihi
sepatutnye kite kene tengok ape yg disampaikan,bkn siape yg menyampaikan..
nice la keep it up bro!