Hai alhamdulilah selesai sudah solat terawih untuk hari yang pertama. Di saat tadi menitis air mata kerana sebak masih berkesempatan lagi berada di bulan yang sangat mulia ini.Alhamdulilah..Alhamdulilah...Alhamdulilah yang pastinya biarlah kita menyambut bulan ramadhan nie berkesederhanaan . Yang pasti nanti kita berpuasa dan melihat telatah dan ragam manusia yang pastinya pelbagai.
Ahh sebelum nak berpuasa mesti kena kejut sahur, dan mak kalau bagi mesti dah macam hulk sebab semua anak-anak dia liat untuk bangun sahur dan ini ada cara yang effective untuk mengejutkan yang susah bangun sahur terutama abang-abangku dan kakak-kakaku ..hahaha
TIPS-TIPS UNTUK KEJUTKAN BANGUN SAHUR..
1-Panggil namanya perlahan-lahan sambil menepuk bahu. Janganlah main sergah, nanti anda kena pelempang atau penendang.Bak kata orang tua , biarlah beradab.
2-Goyang bahunya perlahan-lahan. Jaga-jaga ,bukan goyang gerudi tau.Time pagi ini ada ‘anggota’ badan yang sensitif , silap goyang …haru biru derr!!!
3-Ini adalah teknik yang paling berkesan , ambil air sejuk kemudian renjis di mukanya.
Confirm , cepatlah dia tersedar dari tidur.Kalau dia masih takde reaksi
, kalau nak jirus satu gayung pun boleh tapi cepat-cepatlah korang
melarikan diri.
4-Pukul gendang di kawasan perumahan anda. Adalah sangat elok sekiranya majoriti jiran anda kesemuanya beragama islam.Itupun jika korang sanggup!aaah macam kat indonesia buat ..pagi-pagi kejut sahur best giller memang pasti semua bangun
5-Bunyikan jam loceng di telinganya.
Kalau boleh , biar jam loceng digital yang berbunyi dengan kuat tu.Saya
tak akan bertanggungjawab sekiranya rakan anda mengalami sindrom pekak
telinga!
6-Sambil nak kejutkan kawan sambil pedajal diorang ,
apa kata kalau korang pegang kedua-dua kaki diorang kemudian tarik
sekeliling bilik hingga ke ruang tamu.Lagi best , tarik sehingga ke
dapur.
7-Ambil stokin busuk dan letak di hidung diorang.
8-Picit hidung dia kemudian lepaskan. Repeat sehingga 10 kali , kalau nak lebih pun tak apa.
9-Ambil kain dan bungkuskan kepala seperti hantu bungkus kemudian jerit nama kawan korang.Kalau diorang bangun , cuba tengok reaksi diorang, Ah! Mesti best ni.
10-Halakan kipas meja ke arah kawan korang. Biar dia sejuk menggigil.
11-Kalau pintu biliknya berkunci , ketuk kuat-kuat macam nak cari gaduh.Kalau dia tak mahu bukak lagi.. amik kapak pecahkan pintu dia hahahah
12-apalagi menggunakan kuasa pakar itu ,mak atau ayah untuk menjerit sekuat hati ..
13-Ambil paku picit , geselkan di simen sampai panas kemudian tekapkan paku picit tu di lengan atau di mana-mana bahagian yang anda suka.
14-Dengan penuh lantang , sebutlah kalimah ”MAA RABBUKA” sambil menyeru namanya. Pasti , dia akan bangun dan segar-bugar terus.
15. Pergi kat dia, baca je surah yaasin!
16. Amik elektrik kenakan ibu jari pasti terus bagun hahaha
17.Tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan... kerana tuhan lebih menyayanginya.
8 Ulasan