Assalamualaikum
Hai semua apa khabar ?? Alhamdulilah acik dah habis final exam dan akan datang jadi senior .. hahaha mudah-mudahan tiada repeat .. amin ya ALLAH.. tadi tengah sibuk mengemas bilik untuk tinggalkan kolej Jati acik mendapat email dari 7 orang dan ramai PM acik bertanya cara untuk menghadapi putus cinta. ala google jer kan ada...Ala takde lain kew ?? kenapa cinta ?? hahaha .Normal
lah kan jatuh cinta. Siapa yang tak pernah jatuh cinta. Mesti kamu
pun pernah kan? Yang putus cinta pun mesti ada juga. Releks lah, takat
putus cinta, girlfriend tinggalkan , semua tu acik dah pernah rasa. Sedih? Mau
tak sedihnya.Buat apa nak sedih .
Memanglah pada mulanya akan sedih , mesti down, rasa macam nak giller dan pastinya akan menagis ..dan status kekecewaan di facebook. yup acik faham perasaan tu, tapi bila bersedih itu adakah dia akan kembali kepada kita lagi ??? Jangan mula cari salah siapa, tapi cuba selidik ada tak salah kita ?? Mungkin kita pernah kata dialah jodohku Dunia dan akhirat , tapi berpisah juga ,bermakna kamu bukan jodoh dia.
Dah-dah kesat air mata tu, jangan menagis lagi, syaitan pon gelakkan kamu kerana mereka berjaya buat hati kamu hancur dan masa tu mesti yang kamu ingatkan hanya di dia bekas pujaan hati kamu ..tapi dengan ALLAH ingat tak ??? ermm kann so dah jangan menagis lagi senyum sakit.
Orang yang hebat adalah orang yang mampu tersenyum di saat dia rasa kecewa. Meh acik bagi penawar pemikiran yang selalu acik buat bila putus cinta...
1.
Dunia belum Berakhir.
Lepaskan segala kegelisahan hati yang lara bersama rindu yang bertahta itu,biarkan di bawa angin yang berlalu. Kita akan
sentiasa menghirup udara. Begitu juga dengan kehidupan. Kita akan
sentiasa berdepan dengan kehidupan selagi kita belum temui kematian. Dia
hanya pergi tinggalkan kita bersama kenagan. Itu saja. Dia masih ada. Biarkan dia
bahagia. Bukankah kebahagiaan dia itu kebahagiaan kita juga?
2. Berfikiran positif.
Kalau dulu kita menyayanginya, kenapa perlu hari
ini kita membencinya? Hanya kerana kesilapan yang dilakukan, kita
konon-konon tak boleh memaafkannya. Manusia itu tak sempurna sifatnya.
Kalau semua orang bermusuhan, maka tak amanlah dunia. Cuba bayangkan,
kalau suatu ketika dulu kita pernah bergelak ketawa, bergurau senda,
kenapa hari ini kita nak memaki hamun? Cukup hanya sekadar berdiam,
tidak berkata apa-apa. Itu lebih baik.
3. Terima hakikat bahawa jodoh kita dengannya tiada Dan Jodoh itu rahsia ALLAH
Kita tak tahu masa
akan datang. Siapa yang akan dipertemukan dengan kita. Allah itu Maha
Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Lelaki/Perempuan terbaik, tetapi bukan
terbaik untuk kita. Jangan merasa dia tak cukup baik bila kita sudah
tidak bersamanya.Dan percayalah ALLAH akan sediakan seseorang yang selayaknya untuk kita.
4. Kenagan itu jadikan sebagai kekuatan
Mengingati
kenangan yang ada tu kadang-kala mengindahkan suasana, tapi jangan
sampai kenangan itu membunuh dalam senyap. Sebab ada orang bunuh diri
bila putus cinta. Tu putus asa dan putus harap dekat Allah. Berdosa
besar hukumnya.Jadikan kenagan itu sebagai kayu ukur untuk cinta yang akan datang.
5.Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi
dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini
adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.
Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."
Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."
Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."
Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."
Untuk kaum wanita
"Wahai wanita solehah, jangan risau akan
jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada
wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang
menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum
sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang
membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita
itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan
hadir untuk melengkapkan dirimu." :-)
untuk kaum adam
Semua
yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa,
walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan
siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta
kita kepada seseorang.
Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui dan Maha Memahami apa yang terbaik dan sesuai buat dirimu. Maka redha dan sabarlah dalam menemuinya.
kesakitan yg kita alami akan menjadikan kita
orang yg lebih kuat. Syukurlah sebab pernah sakit kerana cinta sebab
lepas tu kita dpt byk pengajaran. Minta maaf panjang lebar pulak ..sampai disini dulu ..adios bye bye..
6 Ulasan
http://aromaticvee-bizz.blogspot.com/
http://permatahati-vee.blogspot.com/