Assalamualaikum.
Hai semua, Sebenarnya acik rindu untuk buat entry seperti dahulu selama sebulan berturut-turut hanya yang mampu kadang-kadang saje kerana kehidupan mula berubah semenjak masuk ke Uitm .Acik kena lebihkan masa untuk buat kerja-kerja di fakulti.
Kadang-kadang acik rasa serba salah jadinya, tadi acik melepak di bilik member kerana kebosanan dalam bilik, ada semua roommate semua keluar dan yang tinggalkan umpama tak ada. Acik tadi terfikir kadang-kadang bila buat baik dengan perempuan mesti kata ada udang sebalik batu. Bila cuba berkawan dengan perempuan ,mulalah rasa sangsi dan katakan kita cuma mengorat mereka. Acik dah banyak kali terkena, mereka kata acik nie suka mainkan perasaan mereka. Kalau caring sikit kata kita nie dah mula jatuh hati padanya ,tapi bila jadi peragai yang biase, nanti cakap lelaki tak ada perasaan.
tadi kawan-kawan masing-masing meluahkan rasa dan mereka mengakui dan setuju dengan apa yang acik katakan. Mereka pon sama seperti acik masih single ,masing-masing masih blurr ..kebiasaan yang berlaku bila kita sukakan seseorang itu , orang tu pulak tak suka kita. Bila kita tak sukakan seseorang tu , orang pulak suka kan kita. Bukan semua lelaki tu jahat dan bukan semua lelaki tak boleh di percayai. Jangan kata lelaki nie Playboy sedangkan kamu tak cuba bagi ruang untuk mengenali kami.
untuk counter back balik meh acik bagikan tanda-tanda lelaki sukakan seseorang perempuan ...agar kamu lebih faham dan tiada salah sangka.
1. Dia akan sentiasa mengekori kamu
Walau di mana sahaja kamu berada, dia
pasti juga berada di situ..Barangkali tatkala itu, si lelaki ini cuba
mencari peluang terbaik bagi mendekati diri kamu..Berkemungkinan ingin
menegur anda buat kali yang pertama..Janganlah takut serta bimbang wahai
kaum wanita sekalian..membalas sapaan atau teguran seseorang lelaki
tidak bermakna anda seorang yang gatal..Jadi lebih terbuka..Kepada yang
dah berpunya, jangan nak terbuka sangatlah ya..haha
2. Dia akan meminta nombor telefon kamu
Ha..Ramai lelaki yang suka merungut bila sampai ke bab nak mintak nombor
telefon..Kaum lelaki selalunya menuduh kaum wanita ni sombong plus jual
mahal sebab tak nak bagi no. HP kat diorang..apa ingat no. HP tu benda
yang senang2 je ke nak bagi..
3. Dia akan selalu SMS & Call
Di awal-awal perkenalan ni, selalunya lelaki akan terburu-buru dalam
mengejar seseorang wanita..Mungkin takut dikebas orang barangkali..Jadi
kepada kaum hawa, janganlah terkejut dengan keghairahan seseorang lelaki
dalam mengenali diri kamukerana itu merupakan simptom2 biasa mereka
yang dilamun cinta . Dalam keadaan ini, kaum wanita tidak perlu merasa
takut.. kamu hanya perlu mengenali dirinya di kala ini dan di akhirnya,
buatlah keputusan sama ada mahu meneruskan perkenalan itu atau tidak..
4. Dia akan selalu bertanyakan tentang kamu kepada rakan-rakan kamu
Sekiranya kamu selalu di kafe pada setiap malam, maka dia pasti akan
berada berdekatan dengan kamu..Dia ingin mengetahui dengan siapa kamu
berkawan bagi memudahkan lagi dirinya mengenali kamu..Maklumat2 yang
tidak dia peroleh dari kamu boleh sahaja dia dapatkan daripada
rakan-rakan anda..Berkemungkinan dia ingin tahu akan kesukaan kamu dan
sejarah percintaan kamu sebelum ini maka rakan-rakan kamu adalah pilihan
yang terbaik dalam mendapatkan rahsia-rahsia sulit ini..hoho
5. Dia akan cuba menjadi 'MR. Perfect' untuk kamu
Walaupun dia serba kekurangan namun dia tidak akan menampakkan
kekurangan itu di mata kamu..Dia mahu menjadi yang terbaik serta yang
paling sempurna pada kamu..Dia tidak mahu kamu berasa tidak yakin kepada
dirinya lantas dia ingin membuktikan bahawa dia mampu memberikan
segala-galanya untuk kamu..Kaum wanita tidak harus gusar serta
seharusnya menyatakan kepada lelaki itu bahawa kejujuran serta menjadi
diri sendiri adalah lebih baik daripada cuba menipu dengan cuba berlagak
sempurna
6. Jika Benar Dia Sukakan kamu mereka akan jumpa Family
Jika meraka benar-benar sukakan kamu dan telah membuat persiapan dari segi rohani dan jasmani. Pastinya mereka akan terus berjumpa dengan keluargamu untuk berbincang hal seterusnya. Kerana lelaki yang sejati tidak akan pernah mempermainkan perasaan orang yang mereka sayang .
27 Ulasan
kt ska dia...
-___-'