Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Hanya Ingin Menjadi Imam Yang Baik Untukmu

Assalamualaikum


Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi kekosongan ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang terbaik untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai teman hidup dan matiku, panjangkanlah hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat.Di sisi ada "dia", akan ku tetap menunggu sehingga saat itu menjelma, moga dipermudahkan urusan ini ya Allah..

Kamu tahu satu-satunya alasan mengapa Allah memisahkan kita? kerana kita terlalu dekat, melampaui yang seharusnya..

Kamu tahu alasan mengapa Allah mencipta jarak antara kita? Kerana Allah ingin kita saling mendoakan, dalam jauhnya pandangan sekalipun..

Kamu tahu alasan munculnya kantung pada mata? Untuk membiarkannya terpejam,beristirehat dari memandangmu dalam nyata..

 
 
Cinta itu fitrah dan anugerah yang diberikan oleh Allah ke dalam hati hambaNya..jika dirimu menghormati anugerah ini, maka janganlah menodainya dengan hawa nafsu..kamu mencintainya, tapi juga harus memahami bahawa cinta tidak harus memiliki yang membuatkan dirimu berfikir untuk memiliki insan yang kamu cintai itu adalah nafsu.

Sesekali aku hanya ingin bicara, sekadarnya sahaja, tidak lama..setidaknya siapalah aku ketika kita bertemu mata..namun di balik telapak tangan ini, sebuah nama terukir indah..belum dapat ku baca, KATA Allah masih RAHSIA.

Ya Allah, sungguhpun aku tidak tahu siapa muslimah yang akan Engkau jodohkan kepadaku suatu hari nanti..namun, kurniakanlah iman dan ketaqwaan kepada muslimah itu agar bakal isteriku nanti adalah daripada golongan yang mentaatiMu dan bukanlah daripada golongan yang melanggar perintahMu..
 
amin..


 Katakanlah yang mana lebih mulia?
Cinta yang diucapkan dengan PERKATAAN kerana NAFSU dan takut kehilangan ATAU cinta dalam DIAM yang dipendam kerana ingin saling menjaga kesucian?

Katakanlah yang mana lebih mulia?
Cinta yang diungkapkan dengan JALINAN mesra TANPA ikatan yang HALAL atau cinta dalam diam yang DITITIPKAN pada yang Maha MENGANUGERAHKAN?

Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh, kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan suci


Catat Ulasan

3 Ulasan

Noura Nuriman berkata…
tak tahu nak cakap apa kalau bakal imam saya tujukan inipada saya.. terharu..

saya suke entry ni
HaHa kecik berkata…
Terbaik!!! suka entry ni.