Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Lelaki Tak Pandai Meluahkan Perasaan Mereka


Assalamualaikum


Hai semua , hari nie acik tak tahu kenapa dengan acik, pelbagai persoalan yang bermain di minda dan terlintas dengan banyak pekara. Acik pernah rasakan kehilangan kawan dan kehilangan orang yang kita percaya dalam hidup. Pernah di tinggalkan dan juga menagis kerana mereka. tapi dalam diam ini hanyalah sekadar mainan perasaan yang akan membuatkan kita membisu dan terpaku sehingga kita sedar bahawa kita juga tak sempurna. Di kala ini hanya mampu di ungkapkan hanya senyum tanpa kata-kata. 

Hari nie acik di minta oleh seseorang kawan di facebook untuk berkongsikan masalah dia .Acik kenal dia juga semasa kami balik dari casting di MIG sebagai pelakon extra dalam sebuah filem .Kami hanya mencuba naseb dan untuk suka-suka. Maka kisah bermula dari sini..Dia mahu kongsikan cebisan hidupnya dan rasa bersalah kerana perbuatannya. 


Acik : Assalamualaikum adam, kenapa nie adam ?? maaf acik tak sempat nak balas mesej tu ...

Adam : Maaf acik , aku hari nie rasa bersalah sangat sebab aku kehilangan seseorang kawan yang ada selalu untuk aku. Mungkin memang salah kerana aku lebih utamakan perempuan dari kawan baik aku sendiri. Dalam hidup aku fikir kawan itu hanya untuk di time suka-suka sebagai satu persinggahan . Tetapi sebenarnya aku salah, aku salah sama sekali. Bukan semua manusia itu sama dan mempunyai kekuatan yang sama serta kisah yang sama tapi aku abaikan dia kerana aku fikir lelaki sama lelaki tak boleh rapat sangat takut orang anggap gay !!!. padahal persepsi aku yang salah . Aku dengan Anif memang di universiti , dan aku kenal dia sebab kami satu fakulti . Dia rapat dengan aku dan semua kisah hidup aku tahu .. tapi malangnya dia aku dah couple aku lebih tumpukan perhubungan aku dengan Dila.Hampir 24 jam aku akan akan telefon dan selalu mesej dengan dila, maka persahabatan kami dah tak macam dulu . Dia mula bersendirian dan aku rasa buat apa aku nak peduli dia, lelaki sama lelaki ada pe hal... 

Acikk : So apa permasalahnya dan buatkan adam rasa bersalah ???

Adam : Acik aku tahu dia ada masalah keluarga, dia ada masalah dengan awek dia., Awek dia ada lelaki lain aku tahu tapi aku tak sampai hati nak bagitahu . Aku rasa biarlah dia tahu sendiri dan aku tak masuk campur. tapi ternyata aku silap , lelaki nie dia memang tak tahu nak meluahkan dan tak tahu bagaimana caranya. aku akui . Tapi sebagai seorang sahabat aku lupa bahawa sepatutnya aku selalu ada untuk dia dan cuba menolong semampu aku. Tapi tidak sama sekali setiap minggu dan hari aku hanya bersama Dila. Pernah satu hari tu , dia nak bercerita dengan aku tentang masalah dia tapi aku sibuk dengan dila. Aku anggap ini masalah remeh temeh...tak perlu di besarkan .. tapi padahal itu Anif sangat stress dengan hidupnya dan masalah... Aku dapat tahu dari budak rumah sewa aku yang Anif ini dah mula amik dadah untuk hilangkan stressnya dan benda tu terjadi 4 bulan lepas. tapi pada aku itu bukan masalah aku , dia yang tak pandai control hidup dia , fikiran selalu singkat. 


Acik : ada terjadi pada Anif ??

Adam : Sekarang nie kan Uitm tengah cuti sem, aku baru dapat telefon dari ibunya bahawa dia telah meninggal dunia kerana over doss dengan dadah . Dan aku dapat tahu jugak yang dia telah telah merogol bekas aweknya kerana dirinya di tipu . Dan dia tinggalkn surat untuk aku. Bila aku baca apa yang dia tulis memang aku mengalir air mata. Aku rasa diri aku bodoh sangat, aku terlalu ikutkan hati aku . 

Dia kata pada , Adam ,aku tahu aku bukan sahabat yang baik , tapi aku cuma nak jadi kawan yang baik untuk kau, aku perlukan nasihat kau , Kerana kau selama ini berikan aku semangat ,aku tak ada orang lain untuk aku percaya.

Aku rasa aku bodoh terlalu ikutkan perasaan aku ,sedangkan dulu rasulluah sangat cintakan sahabatnya dan selalu ada untuk mereka di saat suka dan duka .Begitu juga sahabat rasullulah terlalu cinta dan sayang pada rasullulah . Aku salah , tak semestinya kita rapat lelaki sama lelaki tu mesti gay !!! aku salah acik..

ermm pada acik kita semua manusia yang mempunyai hati dan perasaan , lelaki atau perempuan kita mesti menghargai orang yang ada di sekeliling kita .Kerana ALLAH sangat mencintai orang yang menghargai sahabat-sahabatnya .. Jadikan cerita ini sebagai tauladan .Ini adalah kisah benar dan sedekahkan al fatihah untuk anif semoga Rohnya di rahmati ALLAH

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Catat Ulasan

6 Ulasan

eikynsilent berkata…
sadis :(
menghargai someone sgtlah penting.
Akupenghibur.com berkata…
yup sangat penting tak kire lelaki or perempuan
Unknown berkata…
sampai hati awek dia tinggalkan dia.. hurm
Unknown berkata…
entry nie mengingatkan sy pd org yg sgt sy syg..semoga Allah mencucuri rahmat ke ats dia...your entry make me crying dude...huhu
Noura Nuriman berkata…
perempuan pn ade jugak yang tak pandai luahkan perasaan