Assalamualaikum
Hari nie bertalu-talu mereka menghantar mesej di Fb, mereka ingin berkongsi cerita mereka, sabar yer insyaALLAH acik akan cuba siarkan tetapi seperti biase acik ingin menemurah secara ringkas kepada kamu mengikut masa kamu terluang. Dan hari nie di tanyakan seseorang kepada acik bagaimanakah ciri-ciri orang ikhlas mencintai kamu kerana ALLAH. Keikhlasan itu memang tak dapat di lihat tapi dapat di rasa.
seseorang bertanya kepada acik , acik nie banyak sangat pengalaman ke sampai nak berkongsi kepada orang ?? kalau ikutkan pengalaman tu memang tak banyak tapi apa yang acik kongsi melalui pemerhatian dan temuramah yang acik lakukan kepada orang yang tertentu .Sebab biar setiap pandangan itu tidak menjadi bias. So acik berikan
ciri -ciri orang yang mencintai kamu ikhlas kerana ALLAH
1. Tidak pernah akan ada alasan mengapa dia mencintaimu, yang dia tahu dimatanya hanya ada kamu satu-satunya dan dia mencintai kamu kerana ALLAH
2. Selalu menerima kamu apa adanya,
dimatanya kamu selalu yang tercantik / tertampan walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu merasa kegemukan,dia akan terima kamu seadanya
3. Si gadis/Si Teruna akan memberikan nasihat yang berguna dikala kamu sedih, dan gundah gelana serta menegur dengan cara yang baik di kala kamu melakukan kesalahan.
4. Dia akan selalu mengirimkan sms
seperti “selamat pagi” “selamat hari minggu” “selamat tidur”, walaupun
kamu tidak membalas pesannya. Dia akan selalu memberikan kata mendorong dan ayat berguna agar mendekatkan diri kepada ALLAH
5.Lelaki / Perempuan yang ikhlas bersama kamu dia tidak akan menipu, berbohong dan pastinya dia akan menjaga kehormatan kamu dan tidak akan cuba membuat pekara yang akan menjerumus ke lembah maksiat
6. Akan selalu mengingat setiap
kejadian yang ia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa setiap detailnya, karena saat itu adalah sesuatu yang
berharga untuknya Kerana itu satu pengalaman berguna untuk musahabah diri juntuk menjadi lebih baik
7. Orang yang mencintai kamu selalu
mengingat tiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang
kamu sendiri lupa pernah mengatakannya
8.Pastinya ketika dalam solatnya dia tidak pernah behenti mendoakan kesejahteraan kamu dan bila dia ingat kamu pastinya di ingatkan ALLAH
9.Pastinya kita ikhlas dengan sepenuh hatinya kerana ALLAH kepada kamu ,dia akan berjumpa dengan ibu bapa kamu untuk menjadikan yang halal untuk kamu..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk
mencintaimu
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak
lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku
merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah
pudar.
bertawakal di jalan-Mu
Alhamdulilah kerana atas segala
cintmu ya ALLAH …
Aku bersyukur ya
ALLAH
Ini saje yang mampu acik berikan , jika ada kekurangan sila beritahu dan jika rasanya di atas ini tidak membantu ..sila pejamkan mata ... oklah singkat saje pertemuan kita ,adios bye bye ^_^
2 Ulasan