Assalamualaikum
Di
dalam kesibukan aktiviti harian acik , tiba-tiba tadi acik ada dapat
mesej dari seseorang yang acik tak kenali. Dia mengelarkan dirinya
syasya, dan dia memohon maaf kepada acik kerana menolak untuk interview
semasa acik ingin interviewnya di Sebuah Pusat Pemulihan akhlak sebulan
lepas. Dia kata ada betul jugak apa yang acik katakan kepadanya. Dan
acik percaya setiap orang itu mempunyai pengalaman yang pahit dalam
hidup mereka. Walaupon mereka mampu tersenyum tetapi dalam hati siapa
yang tahu ???
Syasya
berulangkali meminta maaf kerana menolak untuk di interview . takut
dianggap perempuan yang tak guna dan menunjukkan betapa lemahnya
akhlaknya.. tetapi kali ini memberanikan jugak dan dia meminta acik
siarkan cerita ini di blog acik untuk tatapan kamu semua sebagai
pengajaran yang sangat berguna dan jangan jadi sepertinya.
Acik : Syasya acik tahu syasya ada sesuatu yang di selindungkan dari acik .. ada apa-apa yang hendak di beritahu ??
Syasya
: acik syasya minta maaf sangat, selepas mendengar nasihat acik buatkan
syasya terfikir sampai bila syasya nak macam gini dan benci terhadap
lelaki dan sebenarnya masalah ini berpunca dari diri sendiri. Seperti
yang syasya bagitahu acik, sekarang syasya di tahun akhir di sebuah IPTS
dan akan menamatkan ijazah. Semasa tahun pertama , pertama kali syasya
datang ke Kuala Lumpur sepanjang hidup syasya dan di sini syasya
betul-betul kejutan budaya kerana semuanya syasya boleh buat dan bebas
dan mulalah kisah hidup syasya yang sangat seronok .Syasya rasa sangat
seronok belajar di ibu kota yang di sebut rakan- rakan semasa di
kampung. Selepas beberapa bulan syasya belajar di situ ,syasya terpikat
dengan seorang lelaki yang handsome namanya Irfan. Dia yang mula
mengajar syasya erti kebebasan dan keseronokan hidup di ibu kota.Tudung
syasya lepaskan dan biarkan rambut ini di lihat dan tiada lagi baju
longgar yang sebelum ini di pakai . Semuanya ketat dan seksi , syasya
sangat teruja kerana dapat peluang ini dan bebas dari kongkongan
keluarga. Sebagaimana yang acik thu syasya dari pantai timur , ada asas
agama yang kuat tetapi kerana keinginan membuak-membuak syasya lupakan
semuanya.
Acik : Syasya bagaimana syasya boleh berada di bukit bintang dan bekerja di sana ??
syasya:
syasya tahu acik ,tapi syasya khilaf. Syasya dan irfan couple selama 2
tahun, dalam 2 tahun itu macam-macam pekara yang berlaku ,.Kehidupan
syasya dengan irfan bagaikan suami isteri yang duduk di satu rumah tanpa
ikatan yang sah. Maksiat ??? Zina itu semua di lupakan dan bagaikan
makanan harian kami. Irfan tak kisah pon kalau syasya dengan lelaki lain
dan tidur dengan mereka dan janji di bayar dengan harga yang tinggi.
Syasya tiba kemuncakan hidup dimana syasya menjadi kegilaan lelaki dan
menjadikan pemuas nafsu serakah lelaki yang inginkan dibelai. Syasya
seronok sangat kerana dimana sahaja orang puja dan mengiginkan syasya.
Tiap-tiap bulan syasya hantarkan sedikit duit untuk mak , kerana ayah
sudah tiada dan syasya kena tanggung mereka juga. Di kala ini syasya tak
ingat halal dan haram janji dapat duit macam mana pon caranya....
tetapi titik hitam itu bermula apabila syasya jumpe dengan uncle Joe.
Uncle joe telah menjadikan syasya hamba seksnya , di kurung dan di pukul
jika menolak keinginannya. Hidup syasya sangat derita hampir 3 bulan
syasya menjalani kehidupan yang teruk itu ..
Acik Bagaimana syasya boleh keluar dari masalah tersebut dan sehingga sampai ke Psat pemulihan akhlak tu ??
Syasya
: syasya selalu berdoa kepada ALLAH semoga syasya di berikan petunjuk
dan keluarkan dari tempat disini dan janji akan berubah. Dan akhirnya
doa bagaikan di makbulkan akhirnya syasya dapat larikan diri hasil
pertolongan salah sorang anak buah Uncle Joe. tetapi janji tinggal
janji, lepas keluar syasya teruskan kehidupan biasa bagaikan tiada apa
pon berlaku. Semasa di kolej terdapat ceramah tentang "Penghijrahan
Hati" syasya sangat teringin nak pergi dan syasya pergi jugak kerana
rindukan diri syasya yang dulu. Di situlah syasya jumpa dengan seorang
pemuda yang sangat baik dan sangat membantu syasya, Nama dia imran. Dia
juga yang menghantar syasya di sini . Dia mengajarkan syasya tentang
kembali ke pangkal jalan dan sentiasa ada untuk syasya. Dan di juga yang
jadikan penguat syasya untuk teruskan pelajaran.Imran merupakan anak
yatim piatu dan paling syasya sangat bersyukur dan mampu membuatkan
syasya menagis adalah dia sanggup terima perempuan yang hina ini sebagai
isterinya. Dan dia sanggup tunggu syasya dan jadikan syasya sebagai
yang halal baginya .Dia tak kisah masa silam syasya dan dia terima
syasya kerana ALLAH ..
Sungguh
teharu acik membacanya, kerana ada lelaki seperti imran dan hebatnya
kuasa ALLAH . Begitu beruntungnya syasya kerana masih di beri kesempatan
untuk memperbaiki diri .Jadikan cerita ini sebagai tauladan kepada kamu
semua bahawa janganlah kita telalu terikut pada nafsu dan walaupon kita
berada di kota ingatlah tentang agama dan pengangan hidup kita. Ini
adalah kisah benar dan secebis kisah hidup yang berada di sekeliling
kita.
16 Ulasan