Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia(Lelaki) Sanggup Menerima Perempuan Khilaf Ini Kerana ALLAH

Assalamualaikum



Di dalam kesibukan aktiviti harian acik , tiba-tiba tadi acik ada dapat mesej dari seseorang yang acik tak kenali. Dia mengelarkan dirinya syasya, dan dia memohon maaf kepada acik kerana menolak untuk interview semasa acik ingin interviewnya di Sebuah Pusat Pemulihan akhlak sebulan lepas. Dia kata ada betul jugak apa yang acik katakan kepadanya. Dan acik percaya setiap orang itu mempunyai pengalaman yang pahit dalam hidup mereka. Walaupon mereka mampu tersenyum tetapi dalam hati siapa yang tahu ??? 

Syasya berulangkali meminta maaf kerana menolak untuk di interview . takut dianggap perempuan yang tak guna dan menunjukkan betapa lemahnya akhlaknya.. tetapi kali ini memberanikan jugak dan dia meminta acik siarkan cerita ini di blog acik untuk tatapan kamu semua sebagai pengajaran yang sangat berguna dan jangan jadi sepertinya.

Acik : Syasya acik tahu syasya ada sesuatu yang di selindungkan dari acik .. ada apa-apa yang hendak di beritahu ??

Syasya : acik syasya minta maaf sangat, selepas mendengar nasihat acik buatkan syasya terfikir sampai bila syasya nak macam gini dan benci terhadap lelaki dan sebenarnya masalah ini berpunca dari diri sendiri. Seperti yang syasya bagitahu acik, sekarang syasya di tahun akhir di sebuah IPTS dan akan menamatkan ijazah. Semasa tahun pertama , pertama kali syasya datang ke Kuala Lumpur sepanjang hidup syasya dan di sini syasya betul-betul kejutan budaya kerana semuanya syasya boleh buat dan bebas dan mulalah kisah hidup syasya yang sangat seronok .Syasya rasa sangat seronok belajar di ibu kota yang di sebut rakan- rakan semasa di kampung. Selepas beberapa bulan syasya belajar di situ ,syasya terpikat dengan seorang lelaki yang handsome namanya Irfan. Dia yang mula mengajar syasya erti kebebasan dan keseronokan hidup di ibu kota.Tudung syasya lepaskan dan biarkan rambut ini di lihat dan tiada lagi baju longgar yang sebelum ini di pakai . Semuanya ketat dan seksi , syasya sangat teruja kerana dapat peluang ini dan bebas dari kongkongan keluarga. Sebagaimana yang acik thu syasya dari pantai timur , ada asas agama yang kuat tetapi kerana keinginan membuak-membuak syasya lupakan semuanya.



Acik : Syasya bagaimana syasya boleh berada di bukit bintang dan bekerja di sana ??

syasya: syasya tahu acik ,tapi syasya khilaf. Syasya dan irfan couple selama 2 tahun, dalam 2 tahun itu macam-macam pekara yang berlaku ,.Kehidupan syasya dengan irfan bagaikan suami isteri yang duduk di satu rumah tanpa ikatan yang sah. Maksiat ??? Zina itu semua di lupakan dan bagaikan makanan harian kami. Irfan tak kisah pon kalau syasya dengan lelaki lain dan tidur dengan mereka dan janji di bayar dengan harga yang tinggi. Syasya tiba kemuncakan hidup dimana syasya menjadi kegilaan lelaki dan menjadikan pemuas nafsu serakah lelaki yang inginkan dibelai. Syasya seronok sangat kerana dimana sahaja orang puja dan mengiginkan syasya. Tiap-tiap bulan syasya hantarkan sedikit duit untuk mak , kerana ayah sudah tiada dan syasya kena tanggung mereka juga. Di kala ini syasya tak ingat halal dan haram janji dapat duit macam mana pon caranya.... tetapi titik hitam itu bermula apabila syasya jumpe dengan uncle Joe. Uncle joe telah menjadikan syasya hamba seksnya , di kurung dan di pukul jika menolak keinginannya. Hidup syasya sangat derita hampir 3 bulan syasya menjalani kehidupan yang teruk itu ..

Acik Bagaimana syasya boleh keluar dari masalah tersebut dan sehingga sampai ke Psat pemulihan akhlak tu ??



Syasya : syasya selalu berdoa kepada ALLAH semoga syasya di berikan petunjuk dan keluarkan dari tempat disini dan janji akan berubah. Dan akhirnya doa bagaikan di makbulkan akhirnya syasya dapat larikan diri hasil pertolongan salah sorang anak buah Uncle Joe. tetapi janji tinggal janji, lepas keluar syasya teruskan kehidupan biasa bagaikan tiada apa pon berlaku.  Semasa di kolej terdapat ceramah tentang "Penghijrahan Hati" syasya sangat teringin nak pergi dan syasya pergi jugak kerana rindukan diri syasya yang dulu. Di situlah syasya jumpa dengan seorang pemuda yang sangat baik dan sangat membantu syasya, Nama dia imran. Dia juga yang menghantar syasya di sini . Dia mengajarkan syasya tentang kembali ke pangkal jalan dan sentiasa ada untuk syasya. Dan di juga yang jadikan penguat syasya untuk teruskan pelajaran.Imran merupakan anak yatim piatu dan paling syasya sangat bersyukur dan mampu membuatkan syasya menagis adalah dia sanggup terima perempuan yang hina ini sebagai isterinya. Dan dia sanggup tunggu syasya dan jadikan syasya sebagai yang halal  baginya .Dia tak kisah masa silam syasya dan dia terima syasya kerana ALLAH ..

Sungguh teharu acik membacanya, kerana ada lelaki seperti imran dan hebatnya kuasa ALLAH . Begitu beruntungnya syasya kerana masih di beri kesempatan untuk memperbaiki diri .Jadikan cerita ini sebagai tauladan kepada kamu semua bahawa janganlah kita telalu terikut pada nafsu dan walaupon kita berada di kota ingatlah tentang agama dan pengangan hidup kita. Ini adalah kisah benar dan secebis kisah hidup yang berada di sekeliling kita.

Catat Ulasan

16 Ulasan

Unknown berkata…
untuk tauladan bersama...kita jgn lupa asal usul kita dan ade ruang uyk betulkan diri
Unknown berkata…
syukur Alhamdulillah...ada jugak orang macam imran tuu....=)
Akupenghibur.com berkata…
alhamdulilah .. masih ada lelaki yg baik .. percaya pada ALLAH
fynuraqilah berkata…
walau dimana kita berada,kita masih seorang hamba.alhamdulillah,masih ada insan sebaik Imran :)
Unknown berkata…
ya Allah, maruah jatuh mcm 2 je. nsb baek dpt kembali ke pangkal jln
zaxx berkata…
alhamdulillah..keinsafan yang hakiki itu pntig..semoga syasya terus istiqamah dalam penghijraahan ini..dan semoga diri ini juga boleh mencontohi perubahan sysa.
Akupenghibur.com berkata…
insyaALLAH doakan yer
Akupenghibur.com berkata…
jika kita ada niat yg baik pasti dia temukn dengan yang baik
gigiAriEma berkata…
alhamdulillah rezeki dia. Allah maha Adil. :)
Aku pengembara berkata…
Allah itu maha pengampun.. yakinlah!
Nur Husna Rosli berkata…
Alhamdullilah,,semoga Allah swt beri barakah untuk mereka berdua :D
Maria Firdz berkata…
Mulianya hati lllaki tu...mga Allah mmberkati keduanya...
Unknown berkata…
harap y trbaik untuk kita semua
Khir Khalid berkata…
Subhanallah.. mendalam kesan entri ini.. sungguh mulia & besar pahala Imran diatas niat suci & murninya itu.. beruntunglah shasya diatas pertolongan & anugerah Allah.. semoga mereka berbahagia & diberkati kehidupan di dunia & akhirat.. aamiin. T kasih Acik diatas perkongsian..
licha berkata…
hm.. mulianya hati lelaki tu..:) Alhamdulillah .. perempuan tu pun dh berubah