Assalamualaikum
Hari nie acik terbaca di buku tentang Enam Pertanyaan Imam Ghazali dan acik mahu kongsikan kepada kamu semua
Enam Pertanyaan Imam Ghazali
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMA
: beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia
lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam
Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar
tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.
Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.
KEDUA : beliau
bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu
muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu
Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul
tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali
pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita
mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita
tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGA : beliau
bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya
menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan
bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat
ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan
sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat
179
KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling
berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali
mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar
ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang
tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika
Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang
rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat
kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan
oleh syarak.
KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang
paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan
awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah
benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana
manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu
mementingkan urusan dunia.
KEENAM : beliau bertanya
tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya
menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah
betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan
lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain
sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
7 Ulasan
peringatan untuk kita semua.. inshaAllah..
jum ke blog meow ^_^