Assalmualaikum
Hari nie acik terlihat gambar kesan pakai kanta lekap, sekarang makin menjadi-jadi dan menjadi kegilaan bagi remaja masa kini yang mahu kelihatan kelainan. Ermm memang cantik kalau tahu memakainya. Tapi setiap benda ada effectnya yang tersendiri. Sebelum jom acik kongsikan hukum memakai contact lens ini..
1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).
Namun, ramai pengguna tidak mengetahui bahawa mereka terdedah kepada
risiko buta apabila menggunakan kanta lekap tersebut yang
kebanyakannnya buatan Korea tanpa mendapat preskripsi daripada pegawai
optometri terlebih dahulu.Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata,
lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang
masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.
“Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi
sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana
ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan
kelabu.
“Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu
diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan,
alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta,” katanya ketika dihubungi
di sini baru-baru ini.
mungkin cara pemakaian yg
salah.tidak menjage kebersihan tatacara pemakaian atau lebih mase
memakai.paling lama dalam masa 3 jam. Paling penting menjaga kebersihan contact lens tersebut.
Sekadar untuk Renungan semua rakan-rakan.Akibat Sering sangat memakai contact Lens yang berkualiti rendah & murah harganya dipasaran. Berrhati-hati membuat pilihan atau menyesal seumur hidup khususnya Kaum Hawa yang gemar memakainya . Kalau Boleh hentikanlah kepalsuan tu.
sumber : kosmo.com.my
27 Ulasan
thnks for sharing achik =)
nak pakai pun takut...
Jom Join Kempen Berpakaian Sopan Di Tempat Awam... Jom La...
#malas senanye. org rajin je pkai lens ni kot. :P
~sekadar nasihat~
Once preggy terus takleh pakai...gatal mata...
Bila pakai lens nie...yang penting skali adalah KEBERSIHAN..sedikit habuk dah terasa tau...
Pernah terbaca org yang pakai lens sbb nak cantik (byk yg kaler maler without power, murah2 tuuu..) efeknya..mata jadi merah, terkena jangkitan pd mata, hampir buta dan sebagainya...
Maximum pemakaian lens hanyalah 8 jam sahaja..iaitu time kita bekerja...huhu...
Tapi yg lebih dari 8 jam pun ada ...tgk pada jenama...