Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Pernah Tinggalkan Dirinya Untuk Diriku

Assalamuaikum


 Alhamdulilah hari nie sangat bertuah sangat kerana akhirnya impian acik tercapai kerana ingin memiliki blog untuk .com bukan lagi blogspot... berpunca semalam semasa acik nak online dan ramai kawan yang hantar email mengatakan blog acik tak boleh buka dan sudah di remove / delete.. sedih sangat bila dapat mengetahuinya. Padahal blog acik bukan la famous mane pon dan tak penting tu .aahh sebelum itu ribuan terima kasih kepada netkl.com yang sangat membantu dan mudah untuk daftar. Sebenarnya hari nie acik nak berkongsi satu hal nie, sebenarnya isu nie tak perlu di besarkan kerana lebih bersifat peribadi ..Tapi apa yang cuba acik tukarkan adalah pandangan dari segi positive. 

Cuba bayangkan bila perempuan minta couple dalam masa yang sama dia lelaki lain dan dia kata sanggup untuk tinggalkan kekasih dia. Dan acik cubalah tulis di facebook, dan bermacam andai dan tanggapan manusia nie. Terima kasih kerana sudi memberi comment tersebut. Tapi acik akui,acik juga manusia biasa dan tak lepas dari berbuat salah. Yelah kalau orang marah nie , memang macam-macam dan mungkin ada yang terasa hati kerana pendapatnya acik tak terima..Acik minta maaf dan terima kasih kerana support acik dan tak putus-putus bagi nasihat yang berguna.


Cuba kamu bayangkan dalam situasi acik alami . adakah kamu sanggup terima perempuan itu dan mengecewakan orang lain ??? Dan masa yang sama acik kenal boyfriend dia . Adakah kamu sanggup menjadi orang yang ke 3 dalam perhubungan orang lain ?? jadi pengacau dan penghancur ?? 

Kalau acik jawapannya tidak.. sebab acik tak mahu lihat kebahgiaan orang lain hancur sebab sifat penting diri ini. Bila dia boleh buat begitu dengan boyfriend dia tak mustahil bila dengan acik dia boleh buat dengan lelaki lain .. ermm susah nak mengerti ... sungguh acik cakap penat nak jaga hati orang .. sedangkan orang tak pernah nak faham kita. So acik berikan kesimpulan kepada mereka yang alami benda yang sama acik hadapi , sila fahamkan nie ..


Kata-Kata  Nasihat bagi mereka menjadi orang yang ketiga

1 . Begitu sukar bila menjadi orang ketiga dalam sesebuah perhubungan , jika ada ruang silalah tinggalkan dan biarkan mereka bahagia. 

2.Cinta itu tak semestinya memiliki, walaupon kamu telah tersuka pada seseorang itu dan dapat tahu dia dah ada yang lain . Mesti hati kamu hancur tapi percayalah bahawa dia bukan jodoh kamu dan percaya pada takdir ALLAH.

3. Seseorang yang baik pastinya dia tidak akan berdendam dan anggaplah itu sebagai sejarah dalam hidupnya yang memberikan pengajaran berguna dan berhati-hati dalam perhubungan 

4. Seseorang yang baik pastinya akan selalu mendoakan dalam solatnya untuk orang lain, Doakan semoga hati mereka lembut dan janganlah kita menjadi penghalang untuk orang lain 

5. Pengajaran hari nie ,kita perlu menerima pandangan orang lain walaupon pandangan itu yang kita suka/ tidak dan kadang kala ada betulnya.


6. Percayalah jodoh itu rahsia ALLAH ... dan di sebalik kekalutan ini tersembunyi sirna yang kita tidak ketahuinya.

7. Sahabat yang baik pastinya tidak akan merampas milik sahabatnya dan sentiasa menjaga perhubungan persahabatan mereka.

8. Semoga hati ini selalu dilembutkan, ditenangkan, diluruskan, disabarkan oleh Allah

9.Yang TERBAIK itu selalunya akan datang secara PERLAHAN " percayalah ^_^ insyaAllah..Dia tahu mane yang terbaik untuk kita 

10."Apa tanda itu jodoh yang sesuai?" Ustaz Azhar Idrus menjawab : Bila kita tengok, hati rasa tenang :) 

oklah sampai di sini dulu acik menaip , nanti kita sambung lagi ... ok jangan ada dendam antara kita..adios bye bye .. 


Catat Ulasan

3 Ulasan

Cendol berkata…
setuju ngan kamu..sawan ke ape pompuan tu?dh ade bf nak kt org lain pulak.tamaknye dia.lelaki dah la makin kurang nak tamak2 pulak.hahaha
jodoh tu Allah yg tentu kan..yg baik utk yg baik n vice versa
Akupenghibur.com berkata…
ermm kan ...betul tu..yg selebihnya kita serahkan pada ALLAH
Noor Atikah Ramli berkata…
btol tu..penat nak jaga hati orang lain nie.kadang2 kita sbb nak jaga hati pihak lain, hati kita sendiri yang terluka.
ape2 pon kita kena blaja untuk terima takdir yang dh ditulis utk kit. insyaallah itu adalah yg terbaik ^^