Assalamualaikum..
Hai semua , jom selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Alhamdulilah semakin hari semakin acik banyak belajar sesuatu yang baru. Menulis di blog ini bukanlah untuk mencari perhatian dan mencari rating yang tinggi jika dapat alhamdulilah terima kasih ALLAH. Tapi apa yang acik inginkan adalah ilmu ALLAH itu tersebar luas dan sampaikan kepada mereka yang ingin mencari haluan hidup.Segenap hidup ini bukanlah sebuah hiburan tapi adalah mencari keredhaan ilahi...
Dalam hidup ini banyak cabaran yang kita kena lalui, ramai yang mengadu kat acik hidup mereka tak happy.Ramai yang bising seperti ini
- "aku tengok, kawan aku yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan aku terkial-kial walaupun sudah berusaha"
- "Apasal aku study tak masuk-masuk? Jealous la dengan kawan aku ni. Study sikit dah masuk."
- "Aku baca topik satu, lupa topik dua. Aku baca topik dua, lupa topik tiga. Macam mana ni?"
- "Aku hari-hari makan kismis and berdoa supaya otak aku mudah pickup. Tapi tak jugak."
- Ko tengok dia tak pernah solat, tak puasa tapi perniagaan dia maju dan laris..
- Aku tak pernah tinggal solat ..tapi hidup aku masih susah..
Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH
akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini
tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh
cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar,
tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih
berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada acik. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah
benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka acik hendak
bertanya kepada anda.Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini
adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu
yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam
kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang
pembuat maksiat yang tegar
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat
maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh
Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?
Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan
kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu
menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini
adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan,
juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh yang boleh acik berikan :
Contohnya Anak orang kaya, hari-hari main perempuan. Ayah dia hari-hari minum arak. Mak
dia pun sama. Tapi hidup mereka amat cool dan hebat. Hidup mereka amat happy.
Apa yang mereka nak, semua mereka dapat. Anak-anak dieorang, PMR dan
SPM semua straight A. Perjalanan hidup mereka amat mudah. But why?
Kenapa orang yang buat larangan Tuhan asyik dapat kebahagian hidup? Yes,
itu adalah Istidraj. Istidraj bermaksud suatu kenikmatan yang Allah
bagi untuk kasi dieorang makin lalai. Semakin banyak nikmat yang Tuhan beri, semakin hinalah mereka di sisi Tuhan.
Aaahh… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, acik hendak
mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati
kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan
maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan.
Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan
merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu
bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda
berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka
jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda
dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda
berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah
badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka
menguji hamba-hambaNya yang beriman. oklah sampa sini dulu bye bye ^_^
13 Ulasan