Assalamualaikum
Alhamdulilah semakin hari semakin baik , dan acik di tanyakan dengan pelbagai persoalan .Maka dengan itu acik akan kongsikan satu persatu tu dahulu. Maaflah kalau tak sempat nak nak jawab semua.
Pernahkah kawan lelaki kamu tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?
Apabila kamu tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan
cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan kamu risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS
anda.
Acik percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki
bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri
tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?
Kerana itu sikap seorang lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah,
mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil
masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah
tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila kamu keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita
masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia
sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka
untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza
sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak
menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.
Apa yang perlu anda lakukan?
Sekiranya kamu merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi
masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat
seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti
yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan
juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego
yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si
dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda
mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi
cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.
Kadang-kadan mereka tidak faham kenapa acik mendiamkan diri apabila
menghadapi masalah. Tetapi selepas acik terangkan kepada mereka kenapa acik jadi sebegini, kenapa acik jadi sebegitu, barulah beliau faham
sebabnya. Dan kini mereka akan memberikan acik ruang dan masa untuk
bersendirian ketika saya memerlukannya.
Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah kamu memahami kenapa lelaki
akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah
salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah
satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya.
5 Ulasan
menyepi tah ke mana2..
buat org risau pun ada.