Assalamuaikum
Hai semua , apa khabar hari nie ??? ada yang bertanyakan pada acik, kenapa perempuan menagis ??? kenapa ada masalah dengan emosi ke?? Mengapa mereka menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka menangis?
Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki? Pasti
persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda terutamanya lelaki.
Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, isteri, kakak, adik, kekasih
atau sebagainya, punca mereka menangis kebanyakannya sama. Terdapat beberapa faktor akan
menerangkan mengenai 5 punca utama mengapa wanita menangis.
1.Hormon
1.Hormon
Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih
mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila
mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan
menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis.
Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis
ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan
kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri
masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.
2.Manipulasi
Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin
bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini
telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah
wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka
juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya
untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar
untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada didalam situasi,
tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.
3. Luahan emosi yang ikhlas
3. Luahan emosi yang ikhlas
Tidak semua wanita menangis kerana
hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita
menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri
ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi
berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan
sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding
lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan
rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki
dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.
4. Kemarahan
4. Kemarahan
Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung
untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat
semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan
sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju
bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka
akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu
alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.
5. Memori
Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai
pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika
anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk
mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut
daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan
yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk
mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka
sering untuk muhasabah diri sendiri.
adakah kamu bersetuju wahai kaum hawa ??? jika yes ,betullah tu ..Jika kita bagitahulah . Meh kita kongsi sama-sama ilmu dan sebarkan kasih sayang serta senyuman kepada kamu semua. Sampai di sini dulu bye bye .adios ^_^
12 Ulasan
p/s : bleh tolong klik link blog hana x? sbb org kata bila klik link hana dia ke web lain.huhu nnt balas kat cbox k :) tolong tau..