Assalamualaikum
Hai semua, alhamdulilah hari nie masih lagi di beri kesempatan untuk menaip di blog acik nie. Hari nie acik mahu kongsikan sebuah cerita kepada kamu semua. Seorang ustaz pernah berceritakan kepada acik tentang hal nie..walaupon kita rasa simple dan rasa benda nie remeh temeh tapi cubalah bace baru nanti kamu semua faham..
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. ‘Untuk apakah paku2 ni ayah ?’ tanya pemuda tersebut. ‘Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu’ jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37
batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu,
setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang
digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal
kemarahannya daripada memukul paku pada tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah
walaupun sekali.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari dan akhirnya ia berjaya mencabut kesemua paku2 tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
‘kamu telah melakukannya dengan baik,anakku tetapi lihatlah kesan
lubang2 di tembok batu tersebut.
TEMBOK
ITU TIDAK AKAN KEMBALI SEPERTI SEBELUMNYA. BILA KAMU MELAKUKAN
SESUATU ATAU MENYATAKAN SESUATU KETIKA MARAH, IANYA AKAN MENINGGALKAN
KESAN PARUT DAN LUKA, SAMA SEPERTI INI. KAMU BOLEH MENIKAM SESEORANG
DENGAN PISAU DAN MEMBUNUHNYA.
Maafkanlah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita…
Memang senang ungkapkan dengan kata-kata.. ‘Maafkanlah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita tapi mudah ke untuk memaafkan seseorang itu…’
6 Ulasan